Pemancing berumur 53 tahun yang enggan dikenali itu berkata, pada Ahad lalu, jam 4 petang, dia bersama seorang rakan pergi memancing di salah satu bekas lombong di sini.
"Kami terkejut apabila menemui tengkorak dan rangka manusia di gigi air lombong berkenaan.
"Saya terus tanam tengkorak itu di kawasan semak berhampiran lombong. Saya sebenarnya masih ragu dengan apa yang ditemui, sama ada ia tengkorak manusia atau haiwan," katanya.
Menurutnya, disebabkan itu dia tidak terus membuat laporan polis.
"Semalam (Isnin), ketika saya memaklumkan penemuan tengkorak itu kepada rakan sekerja, dia kemudiannya menyuruh saya melaporkannya kepada polis.
"Kami membuat laporan sekitar jam 7.40 malam semalam,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh berkata, siasatan awal mendapati rangka manusia yang ditemui itu berada di dalam keadaan diikat dengan wayar serta diselubung dengan selimut tebal.
Menurutnya, keseluruhan mayat sudah reput dan hanya tulang yang dapat dikesan di kawasan berkenaan.
“Polis juga yakin, mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di kawasan lombong ini.
“Sehingga kini identiti mangsa masih belum dapat diketahui dan hanya disahkan sebagai orang dewasa,” katanya.
Baljeet berkata, rangka manusia itu dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya dan identiti lengkap.
“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan membabitkan semua sudut termasuk laporan seorang wanita hilang tiga bulan lalu di Rantau," katanya.
0 orang menconteng:
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P