Celine Lean Yewlin (gambar), 12, yang buta sejak berusia empat tahun akibat demam panas sememangnya menjangka memperoleh keputusan cemerlang kerana ketika ujian percubaan dia turut mendapat keputusan yang sama.
Dia yang bercita-cita ingin menjadi pensyarah bakal menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur.
Celine berkata, dia meluangkan sejam sehari untuk mengulang kaji pelajarannya selain sering mengajak ibu bapanya untuk membacakan buku-buku rujukan supaya mata pelajara itu lebih mudah difahami.
''Buku rujukan tidak menggunakan tulisan braille terpaksalah suruh mak atau ayah untuk membacakannya sehinggalah saya faham.
''Saya cukup bersyukur kerana mempunyai ibu bapa seperti ini dan mereka turut membakar semangat saya untuk terus berjaya dalam hidup," katanya ketika di temui di sekolahnya di sini hari ini.
Dia yang pernah menjadi wakil kebangsaan dalam sukan lontar peluru dan lompat jauh berkata, guru-guru dan rakan-rakan banyak membantu sehingga mampu memperoleh kejayaan tersebut. Celine yang berpegang kepada motto 'berusaha bersungguh-sungguh dan jangan mudah putus asa' juga suka bermain muzik ketika waktu lapang.
2 orang menconteng:
patah sayap berkongkatkan paruh. hendak ku daki, ku daki jua.
falsafah!
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P