Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

JERANTUT— Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih mengesan pemilik syarikat bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan tujuh penumpang di Kilometer 38 Genting Sempah, berhampiran susur ke Genting Highlands kelmarin.


Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata sehingga hari ini, JPJ masih gagal mengesan pemilik terbabit, walaupun lokasi syarikat bas berkenaan berjaya ditemui. Beliau berkata maklumat dan kenyataan pemilik syarikat bas berkenaan amat penting untuk melengkapkan siasatan kes itu, justeru, JPJ bekerja keras bagi menjejaki individu atau pihak terbabit.


“Kita mahu dapatkan maklumat lanjut daripada pemilik syarikat bagaimana dia boleh menggaji seorang pemandu, yang mengikut rekod kita, tidak memiliki lessen memandu yang sah, untuk membawa penumpang dari Baling hingga ke Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas menutup program Satu Komuniti Satu JPJ di Felda Lepar Utara hari ini.


Solah berkata pemilik yang membenarkan kenderaannya seperti bas, dipandu individu tidak berlesen dan tanpa lesen memandu vokasional, boleh didakwa mengikut Seksyen 56 Akta JPJ 1987, yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM2,000 jika sabit kesalahan. Beliau berkata selain itu, siasatan JPJ kini lebih menjurus kepada pelesenan kenderaan tersebut serta pemandunya kerana berdasarkan rekod, bas berkenaan didaftarkan sebagai “sewa khas” dan permit juga telah dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan.


“Tetapi kita dapati bas itu agak mengelirukan dari segi cat dan tulisan di badan bas, kerana warnanya seakan-akan warna bas pelancongan dan dengan tulisan ‘Trans Holiday’ di tengah-tengah badan bas, manakala ditulis ‘bas catar’ di hujung badan bas, itu kita buat siasatan lanjut,”


Solah berkata JPJ akan meminta kerjasama Kementerian Pelancongan berhubung permit yang dikeluarkan kepada kenderaan itu, sama ada sebagai bas pelancongan atau bas sewa khas.


“Kalau ia bas sewa khas, jadi ia memang bas sewa khas, tapi kalau ia bas pelancongan, adakah rombongan pelajar itu datang melancong, dan kalau memang datang melancong, mesti ada pemandu pelancongnya,” katanya.

0 orang menconteng:

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates