NO 10 - Johan
Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau popular sebagai Johan Raja Lawak merupakan seorang pelawak dan pengacara yang tidak asing lagi.
NO 9 - Wan Ismail Golok
Mohd Sabri Yunus atau lebih dikenali Sabri Yunus ialah seorang pelawak, pelakon dan pengacara. Dilahirkan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada 1961. Dia merupakan anak kepada ketua kampung. Berkahwin dengan Noraya Mohd. Mula berlawak ketika ditingkatan dua di Sekolah Menengah Pengkalan Chepa, di mana dia pernah muncul sebagai juara lawak antara kelas. Sewaktu di bangku sekolah dia amat popular di kalangan rakan-rakan dan guru kerana perangainya yang suka berlawak itu.
Ingat lagi tak Flat Sri Wangi??? Wan Ismail ni kacang hantu kat situ… Hehe… Pada tahun 1990an juga, rancangan lawak Pi Mai Pi Mai Tang Tu, merupakan salah satu rancangan popular, yang menjadi hiburan seisi keluarga.
NO 8 - A.R. Badul
A.R. Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie (lahir 2 November 1949) adalah seorang pelakon, pelawak, pengarah filem serta penulis skrip. Dia dilahirkan di Singapura tetapi dibesarkan di Parit Jawa, Muar, Johor. Dia merupakan anak kepada seniman Tompel.
NO 7 - Nabil Raja Lawak
Ahmad Nabil Ahmad ialah seorang pelawak dan pelakon yang terkenal semenjak menjuarai musim kedua rancangan realiti pencarian bakat komedi Raja Lawak. Oleh itu beliau lebih dikenali sebagai Nabil Raja Lawak. “Lu Pikirlah Sendiri” merupakan tagline Nabil. Nabil memang mempunyai kelebihan untuk berlawak secara spontan…
NO 6 - Saiful Apek
Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek merupakan seorang pelawak, pengacara, penyanyi dan pelakon yang terkenal di Malaysia. Apek merupakan bekas ahli kumpulan Senario. Walaupun telah keluar daripada kumpulan tersebut, beliau tetap sering di panggil sebagai tetamu khas dalam rancangan televisyen Senario. Apek dilahirkan di Gombak, Selangor. Pada surat beranak dan kad pengenalannya, tertera tarikh 15 Ogos 1969 tetapi hakikat sebenar, tarikh lahirnya adalah 12 Mei 1969. Kekeliruan yang wujud itu di sebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 apabila dia terpaksa diserahkan kepada satu keluarga lain atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan kemudian baru didaftarkan. Dia berkahwin dengan Roslina Abu Hassan pada 11 Jun 1994. Bakatnya dicungkil menerusi pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan musim pertama pada 1994 anjuran TV3.
NO 5 - Yassin Senario
Yassin Yahya ataupun lebih dikenali sebagai Yassin Senario dilahirkan pada 1 Mei 1978 di Kg. Maxwell, Kuala Lumpur. Yassin pernah menjadi salah seorang anggota Kumpulan Senario iaitu kumpulan lawak no 1 di Malaysia pada waktu dahulu.
Kalau korang biasa tengok Senario pada tahun 90an, korang tau la betapa sengalnya lawak2 dari Yassin nih… Sekarang nih, lawak2 dari kumpulan Senario dah tenggelam…
NO 4 - Afdlin Shauki
Afdlin Shauki bin Aksan ialah seorang penyanyi, pengarah, penerbit, dan pelakon. Afdlin Shauki memang seorang pengarah yang berbakat.Filem papadom, arahan Afdlin Shauki akan sentiasa menjadi filem “legend” dalam dunia perfileman tanah air.Tapi bagi aku, dia kurang sesuai menyanyi… Dia lebih sesuai menjadi penghibur a.k.a. Pak Lawak!
NO 3 - Kazar
Sebelum menjadi pelakon, Kazar terlebih dahulu mencipta nama dalam bidang seni suara. Album pertamanya berjudul Ani yang popular dengan lagu Tiap Waktu Terluang diterbitkan oleh Datuk Ahmad Nawab pada tahun 1985.
Apa? Dia ni bukan pelawak??? Bagi aku, dia layak dinobatkan antara pelawak terbaik dalam Negara kita… Dalam bidang lakonan pun, setiap watak yang dibawa, memang menjadi. Sayangnya, Kazar tidak pernah dapat anugerah( kalau tak silap la)
NO 2 - Yus
Yus Raja Lawak musim pertama yang berasal dari negeri Perlis, datang dengan bakat yang diasah daripada teater. Yus ini sebenarnya jenis orang yang low profile, dan tak ramai rakyat Malaysia yang memahami konsep lawak yang cuba diketengahkannya.
NO 1 - Allahyarham Din Beramboi
Meor Ahmad Fuad Meor Badri, (22 Disember 1966 - 30 Mac 2010) lebih dikenali dengan nama glamor Din Beramboi, merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi, kartunis, penyampai radio dan pengacara televisyen popular di Malaysia. Timangan Din Beramboi juga pernah digunakan untuk dua watak cereka berlainan, salah satu daripadanya ciptaan Meor Ahmad Fuad sendiri dan satu lagi ciptaan kartunis Ujang, yang menjadi titik kontroversi ciplak sekitar pertengahan 1990-an.
Sape yang tak kenal Din??? Dia ni memang otak sewel… Lawaknya memang menjadi2… Ramai betul yang menganggap Allahyarham Din sebagai pelawak no 1 negara, begitu jugak aku... Tapi tak kurang juga yang marah dan terasa hati dengan bahasa yang digunakan dalam lawak2nya…
13 orang menconteng:
mana dapat ranking ni..
buat sendiri kah :)
lebih suka zizan, johan n aflin
pernah jumpa johan ...dia mmg lawak orgnya :)
salam.. jemput2 la ke my blog (Aku Sebutir Pasir) kalau berminat nak baca my travel experiences ke 46 buah negara.. :)
@Ati Masrif, buat sendiri... hehe
@JHaZKiTaRo, jemput tu x salah bro... tp ni tempat komen... at least bg la sepatah dua komen sebelum promote blog sendiri...
sila tu!Sepatutnya amir ML ranking no 1.Arghh!!Aku tak setuju!Hik!!
@bloggermuda, haah la... silap... nt sy ubah... haha!
ar badul uh tak payah masuk ranking pun x pe kot.. buang buang.. >.<" ehee..
@Shaherah, kenapa??? pasal kes dia ke... hehe
@Muhammad Burn hahaha tah lar.. tapi memang kurang suka dia.. >.<"
@Shaherah, A.R. Badul mmg kerek gk la orgnya... hehe
salleh yaakob mane?
@Tanpa Nama, alamak, xbrapa minat lawak salleh...
Zizan lebih baik...
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P