Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!


Seorang pemuda dibicarakan di mahkamah dengan tuduhan Memukul warga emas di dalam keretapi

Hakim berkata kepada pemuda tersebut: “Sekarang cuba ceritakan apa saja yang sebenarnya terjadi secara lengkap dan detail. Anda sangat kejam , berani memukul seorang nenek!”

Pemuda itu pun bercerita. “Begini Tuan Hakim, tiga hari yang lalu saya naik keretapi dari JB ke KL dari Stesyen Johor Bahru. Saya duduk berhadapan dengan seorang nenek tua. Keretapi kemudiannya bertolak dan beberapa minit kemudian sampai di stesyen Kulai. Di stesyen Kulai ini keretapi berhenti untuk pemeriksaan tiket.. konduktor pun datang ke gerabak tempat saya berada, dan tak lama kemudian menanyakan tiket saya. Saya terus tunjukkan pada dia.”

Kemudian giliran dia meminta tiket nenek di hadapan saya. Dia mengeluarkan handbag dari begnya, dari dalam handbag itu dia mengeluarkan dompet besar, dan dari dompet besar itu dia mengeluarkan dompet kecil. Dari dompet kecil itu dia mengeluarkan bungkusan, terus dia buka bungkusan itu dan masih ada bungkusan yang lebih kecil .Bungkusan kecil itu dia buka, dan di dalamnya ada kotak mancis.

Rupanya dia menyimpan tiketnya di kotak mancis itu.” ”Setelah diperiksa konduktor, dia menaruh tiketnya lagi ke kotak mancis itu, lalu kotak mancis dibungkus lagi pakai bungkus kecil itu, lalu bungkus besar, lalu diletakkan dalam dompet kecil, lalu dalam dompet besar, lalu dompet besar itu dimasukkan kembali ke dalam handbag, lalu handbag-nya dimasukkan lagi ke begnya…”

Kita pun meneruskan perjalanan. Perhentian berikutnya di stesyen Kluang. Di sana juga sama, ada pemeriksaan tiket oleh konduktor. Saya dengan cepat diperiksa tiketnya, sementara nenek itu mengeluarkan handbag dari begnya, kemudian dari dalam handbag itu dia mengeluarkan dompet besar, dan dari dompet besar itu dia mengeluarkan dompet kecil. Lalu berturut-turut keluar bungkusan besar, lalu bungkusan kecil yang di dalamnya masih ada kotak mancis. Tiket dia keluarkan dari kotak mancis, diperiksa konduktor, lalu masuk lagi kotak mancis, bungkusan kecil, bungkusan besar, lalu dompet kecil, dompet besar, handbag, dan akhirnya masuk beg lagi…”

Keretapi terus bergerak, dan kita sampai di stesyen Segamat. Lagi-lagi ada pemeriksaan tiket. Tiket saya cepat diperiksa, sementara nenek itu mengeluarkan handbag dari beg, lalu dompet besar, lalu dompet kecil, lalu dari dalam dompet kecil dia mengeluarkan…..

Belum sempat si pemuda selesai, hakim membentaknya. “Hei, kamu!! jangan main-main ya!! Kamu ini cerita atau menipu yang bukan-bukan??? Ini mahkamah tahu!!!

Pemuda itu terus menjawab, “Hah tengok…! Tuan Hakim baru mendengar cerita yang cuma segini saja sudah marah. Sekarang cuba bayangkan saya yang menyaksikan sendiri perkara itu sepanjang perjalanan dari JB ke Kuala Lumpur!!!

4 orang menconteng:

hahaha..yg ini lawak!

@khalidahmacambaguss~O_o :l: :l: :l:

hakim pun dah geram

@Liza @ Adzriel AB, first2 baca, sy pun geram... hehe

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates