Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

perempuan takut
Perempuan paling takut dengan serangga : Perempuan memang penakut bab bab serangga ni, kalau haiwan dan hidupan laut tu perempuan kurang takut. Jenis-jenis serangga yang ditakuti oleh perempuan ialah serangga yang banyak kaki. Contohnya macam lipas, labah-labah besar, mentadak mentadu, belalang kunyit yang besar-besar gitu, dan cacing semestinya !

Perempuan paling takut dengan jerawat : Jerawat tak boleh ada pada hari penting macam time nak berdating dengan pakwe tercinta, menghadiri majlis perkahwinan kawan-kawan rapat, rumah terbuka, school gathering, temuduga & hari di mana dia perlu tangkap gambar spt kad pengenalan , gambar passport, gambar convo & gambar kahwin.

Perempuan paling takut dengan kedutan : Paling menyedihkan bila garis bawah mata dah mula tebal dan menggelap, dahi pun dan bergaris-garis macam kuih lapis. Sungguh nampak tua dan hodoh !

Perempuan paling takut kalau bercerai / putus cinta / kena tinggal dengan lelaki / mati laki : Perempuan ni kalau dah sayang seseorang tu dia sayang sampai mati...Berbeza situasi dengan perempuan player la. Tapi kalau perempuan player tu dah jumpa mister right dia, dia mesti tertonggeng jugak bila putus cinta ! Kalau kena tinggal dengan laki atau putus cinta rasa macam nak nangis seratus tahun. Kalau perempuan bercerai atau mati laki, sanggup tak kahwin lagi lepas tu. Kalau lelaki leh je terus kawin lain tanpa fikir sesaat pun !

Perempuan paling takut kalau kena kahwin paksa : Perempuan paling takut kalau dia dipisahkan dengan jejaka pilihan dia. Lagi - lagi kalau mak bapak dia suruh dia kawen dengan tabligh mana tah. Sepenuh hati dah sayang cinta setia dekat jejaka pilihan hati, bercinta sampai 10 tahun pulak tu. Akhirnya kena paksa pulak bercerai dengan pakwe dia dan kahwin dengan pilihan keluarga !

Perempuan paling takut bila period rumah takde air : Omaigosh ! Cuba bayangkan kalau time tu korang period, time tu jugak lah kat rumah takde air, time tu lah nak buat catuan air, time tu lah campus tak de air ! Kalau nak berak kencing takde air, tahan lagi... boleh lap guna tisu ke suratkhabar ke. Hahah.. kalau darah period keluar laju laju nak basuh pakai ape ?


Keenam-enam perkara yang ditakuti oleh perempuan di atas, bukanlah ilham dari saya. Kesemuanya ditulis oleh seorang blogger perempuan. Tapi saya betul2 terlupa nak simpan link blog tersebut untuk bagi kredit. Kalau jumpa link asal, saya akan update semula, k… Apa2 pun, perempuan2 di luar sana semua, setuju ke dengan entry nih??? Hehe


8 orang menconteng:

perempuan yg takut ditinggal a.k.a cerai tu memang patut takut kot.. yelarh.. sy sbg lelaki pun tahu perasaan pompuan bila dah cerai.. kesian beb..

@adan, laki takut kne cerai x? hehe

yeke? yekee? ;p

aku mmh takut giler ngan serangga lebih2 lagi lipas..nak menangis rasa..

@Wuucin, ye laah... :l:

@kucarkacir, :t: :t: :t:

akak takut bila ada kedut bawah mata. tambah2 dah dekat 40 ni. tapi terpaksa lalui juga. dan yg last tu memang benci la. ada jerawat pun tangan ni mesti gatal nak picit.. serangga? alamak! siap jentik je. yg lain2 tu Insyaallah ok aje... yg pasti kak liza berdikari. ajal maut ditangan Tuhan, kena sentiasa bersedia, namun mohon dijauhkan dulu walaupun kita tahu kematian itu pasti.

@Liza @ Adzriel AB, sebenarnya sy tak faham pmpn takut kedutan. serius sy tak faham... bg sy perkara tu biasa... semua org akan tua. bg sy, tak cantik pun takpe... sbb takda benda yg kekal kat dunia ni...

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates