Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

anonymous blogger


Salam semua yer. Yea, pada hari ini kita akan membicarakan tentang perlu ke takut dengan komen anonymous? Hehe…

Perasan tak ramai blogger yang tak benarkan komen anonymous? Agak2 kenapa ye? Sebab anonymous suka beri komen yang buat mak sentap, nok? Atau komen anonymous semuanya menggunakan bahasa yang tak beradab?

Mungkin ada sesetengah blogger yang pernah mengalami situasi dimaki atau anonymous meninggalkan kata2 carutan yang amat kejam! Dan ini menyebabkan dia tidak suka pada komen anonymous yang selalu berselindung. Tapi sedarkah anda kadangkala komen anonymous ada baiknya. Komen anonymous mungkin menyedarkan kita dari terus membuat kesilapan.

Sebenarnya saya juga kadangkala menggunakan anonymous. Sebab apa? Sebab saya nak tegur, tapi takut2 dia mrah dan tak dapat terima teguran saya. Takut jugak kalau dia hacker! Kang tak pasal2 digodamnya blog saya. Contoh entry yang saya tegur ialah entry2 lawak lucah. Selalu saya tinggalkan komen anonymous yang bunyinya lebih kurang begini… “rasanya tak elok tulis entry macam ni. Harap entry ni dipadam”… “bro, dah lama follow blog ni. Memang best! Tp xsedap la bila ada entry lucah macam ni”…

Kalau komen anon tu baik, apa salah kita terima. Kalau komennya ternyata berniat jahat, untuk menjatuhkan, kita abaikan saja. Jangan takut… Tak perlu kita buat entry untuk maki anonymous tu. Jadi saya rasa, tak perlulah kita takut untuk buka ruang pada anonymous meninggalkan komen di blog kita. Lagi pun tak semua pengguna internet ada account gmail… Dan tak perlu jugak kita takut untuk auto publish komen.

Tapi ini adalah hak masing2. Terpulang… Ini sekadar pendapat saya. Selamat berblogging!

15 orang menconteng:

hehe, sy tak pernah takut ngan anonymous, tapi tak de lak yg berminat ngan sy,huhu,.bdw, yg baik jadikanlah teladan yg buruk jadikanlah sempadan,tak perlu la kite bergaduhan;)

tak semua orang berjiwa kental nak hadap kata2 kesat dr anon ni. so kalau kita jujur nak bg komen kenapa perlu nk anon kan diri. letak je nama sikit.

setuju 2...setakat ni takde lagi masuk blog saya cam2, tapi betul gak, kalau yg baik tak slah kite trima...mgkin org 2 takut kite hentam balik sbb 2 die guna anonymous... saya pun pernah guna, utk blog2 yang terbuka yang glamour, sbb tak ramai kenalan rapat tak tau saya de blog ni, kang komen2 terbuka tau plak kan, dah tau tak syokla nak luah perasaan kat sini...hihihihi

@MakNgah, sbb kdgkala dia kwn kita. Kita x sampai hati nk tegur direct. sbb kedua dah sy nyatakan kt atas. Takut dia x boleh terima dan khianat pd kita. Kalau ltk nama sebenar, pgaduhan akan berpanjangan.

@bella luna, betul3!

@Ct Aja, kdg kita ada sbb sndiri x tunjukkan diri. cuma jgn jd anon yg kurang ajar sudah... :e:

tak salah pun,cuma biar kena pada tempatnye.. =)

Setuju :)

http://syuddyelmo.blogspot.com/2011/10/rahsia-yang-mungkin-korang-tak-terfikir.html

setuju setuju .....

betul tu...tapi kalau rasa x selesa nak pamerkan komen diorang delete... kalau yang berunsur teguran terima saja... anon nih selalunya bukan orang yang sama.. dan ada sebab selalunya kenapa mereka letak komen atas nama anon... hurm..:)

saye pun penah jadi anon ni nk kasi komen sebab x de acc gmail mase tu.....

@nsyud91. TQ

@aku budak klang, :e::e::e:

betul3.. ada sebabnya mereka gne anon ni..
saya pun pernah gne nick anon sbb x dapat login gmail n blogspot.. huhuu.. blog saya pun ada agak anon masuk komen.. Alhamdulillah yg baik2 dan memberi kritikan membina.. :)

@HaiDa HiDa, Tq tinggalkan pendapat yer :e:

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates