Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

nabil kawin

PERCINTAAN hanya ada dua penyelesaian, sama ada berkahwin atau berputih mata. Namun buat pelawak muda yang pernah menjulang anugerah Artis Paling Popular pada awal kemunculannya, Ahmad Nabil Ahmad, 28, kisah cintanya ibarat fantasi Bollywood yang berakhir di jenjang pelamin.

nabil kawin

Nabil bukan lagi anak bujang, jangan lagi dia dikait-kaitkan dengan cerita putus kasih bersama bekas kekasihnya Irma Hasmie yang terputus di tengah jalan. Selepas solat Jumaat kelmarin, Nabil selamat memeterai akad menjadi nakhoda rumah tangga kepada Nazirah Ayub, 23.

Berlatarkan Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, merpati dua sejoli itu disatukan ikatan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd. Ridza Ahmad berwalikan bapa kepada pengantin perempuan sendiri Ayub Hassan. Bersaksikan keluarga kedua-dua pihak, kenalan terdekat serta wakil media, Nazirah menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran ditetapkan sebanyak RM15,000. Pada malam ini, mereka berdua bakal diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan fantasi di i-City, Shah Alam.


Ada bisik-bisik menyifatkan keputusan Nabil berkahwin ini sebagai langkah menutup zaman nakal, apa komen Nabil?

nabil kawin
nabil kawinnabil kawin

Saya cakap terus-teranglah, langsung saya tidak terlintas bahawa perkahwinan saya ini untuk tutup sebarang kontroversi atau tutup zaman itu atau ini. Saya ikhlas mengahwini Nazirah. Sudah lumrah artis memang tidak sepi daripada cerita-cerita gosip dan tidak semestinya bila sudah kahwin seseorang artis itu tidak akan berdepan dengan cerita sensasi.


Nazirah bukan artis, adakah itu dianggap satu kelegaan buat Nabil kerana dia bukan tumpuan media?

Memang sejak dari awal lagi saya sangatlah lega kerana Nazirah tidak terlibat dengan industri seni. Dalam bidang ini, saya sendiri sedar tentang sikap dan perangai orang dalam industri. Lagipun Nazirah sendiri tiada kawan artis selain saya.


Bagaimana persiapan diri untuk melayari fasa alam berumahtangga?

Isteri saya ini berminat dengan perniagaan, jadi dia akan cuba buka bisnes butik pakaian serta cenderahati wanita. Asalkan tidak lalai daripada tugasnya sebagai isteri, saya okey. Saya sendiri akan teruskan karier dalam bidang seni dan terus kerja kuat untuk masa depan keluarga, mana tahu lepas ini akan ada cahaya mata pula.


Perkahwinan pasti berhadapan pasang surut tapi perkahwinan artis lebih hebat cabarannya, kalian sendiri bagaimana?

nabil kawin

NABIL:Saya janji akan menjadi sebaik-baik suami dan mengubah mana-mana sikap orang bujang yang tidak sesuai lagi diamalkan bila sudah bergelar suami.

NAZIRAH: Seboleh-bolehnya saya akan cuba bersikap lebih terbuka dan kena banyak bersabar dan memahami sedalam-dalamnya karier suami sebagai artis. Mungkin cara itu mampu mengekalkan hubungan kami. Selebihnya doa dan tawakal kepada Allah.


Sudah ada destinasi bulan madu?

Buat masa ini tiada perancangan, dapat selesaikan apa yang patut dan wajib pun sudah cukup melegakan lagipun, saya sudah ada jadual penggambaran yang perlu diselesaikan. Cuma satu sahaja harapan saya, saya sudah berniat untuk menunaikan umrah selepas kahwin. Jadi, kalau ada rezeki, hujung tahun nanti kami akan mengerjakan umrah bersama-sama. Saya harap sangat-sangat untuk ke sana dan biarlah umrah itu nanti akan jadi bulan madu buat kami berdua.


9 orang menconteng:

assalamualaikum.
sy tak rasa yg awak patut letak gambar seumpama ini untuk tatapan umum.
maaf, sy cuma menegur.

tak suka sgt dgn mamat seorang ni

moga irma akan dapat jodoh insan
yg lebih baikkkk

@salwaismail, wslm. pertama: gmbr2 ni mmg dah lama ada di internet. siap masuk surat khabar. kedua: ni bukan gambar bogel pun. kat tv, byk lg cerita melayu yg berpakaian lebih sexy. kat fb pun sama??? Jadi pd sy, entry ni belum boleh dikira melampau. Tp kalau ramai yg x senang, sy dgn senang hati akan remove...

bagus la dh kwin kn dr buat dosa..yg lpas hope dijadikan tauladan

@Ati Masrif, secara peribadinya, sy pun x brapa bkenan dgn perangai nabil nih. tp dia mmg berbakat... lwk2 dia mmg menjadi.

@3no gr33ny, yup... harap nabil btl2 berubah.

ermmm alhamdulillah la dia dah kawin, skrg2 nya kurang sikit dosa...

@Ct Aja, :h: :h: :h:

Padamlah gambar yang tak elok tue janganlah kita menambah dosa:-)

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates