Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

lupa


Salam semua. Apa khabar? Harap anda semua sihat… Petang ni saya nak berkongsi mengenai kisah hidup saya. Bukan nak menagih simpati, cuma sekadar peringatan untuk diri sendiri.

Ayah saya bekerja sebagai PAR, Pembantu Am Rendah. Walaupun bekerja dalam sektor kerajaan, ayah saya dibebani dengan hutang. Hutang koperasi dan macam2 lagi. Hatta beli barang keperluan harian pun berhutang, masuk buku 555. Tapi bukan tu yg nak saya ceritakan.

Saya nak bercerita mengenai betapa susahnya untuk mendapat duit. Ye, duit! Oleh sebab ekonomi keluarga yang teruk, ayah cuba berniaga di kawasan hadapan kilang, dimana pekerja kilang akan beli makanan time rehat dan balik. Ramai juga yang berniaga. Kalau nak diikutkan, memang salah dan tak boleh meniaga kat sana. Ada hari, untung dan ada hari rugi. Ada satu hari tu, saya ikut ayah berniaga. Bila minah2 kilang tengok ayah bawak anak, dorang pegi beli di gerai lain. Hari tu cuma laku telur masin. Memang sedih. Ayah cool aje. Tapi dalam hati dah tentu ayah lebih sedih lagi… Kesudahannya, ayah berhenti berniaga.

Kisah kedua pula, bila diingat2, lebih menyedihkan. Masa tu mak cuba berniaga goreng pisang, roti sardin dan air. Kawasan tu memang tak ramai yang lalu lalang. Jadi tak ramai jugalah yang datang membeli. Ayah yang suruh mak meniaga. Dan mak turutkan. Dengan harapan dapat duit lebih. Tapi rezeki tidak ada disitu… Pernah mak terdengar orang berkata goreng pisangnya tak sedap. Kesian mak…

Pernah juga mak cuba bekerja di kedai makan. Sebagai pembantu tukang masak. Mak bawa adik. Masa tu adik kecil lagi. Tapi sekejap saja. Akhirnya mak berhenti kerja sebab tuan kedai cakap kasar dan banyak sangat komplen. Lagi pun mak susah nak buat kerja sebab bawak baby…

Sekarang mak tak payah susah2 kerja lagi. Anak mak ni mampu tanggung mak. Bukan takat tanggung, bahkan hidup jauh lebih senang. Kalau dulu tv rosak, berbulan2 kita tak tengok tv sebab takda duit nak baiki, sekarang kita boleh pakai buang je tv. Tak payah nak baiki. Bukan sombong atau lupa diri. Tapi memang hati ni rasa nak balas balik semua kesusahan dulu.

Lihat! Betapa susahnya kalau kita takda harta, takda duit. Mungkin ada diantara anda yang membaca tidak dapat membayangkannya kerana tidak pernah hidup susah. Dan entry ini saya tulis bukan berniat untuk menagih simpati sesiapa, tetapi supaya saya tidak lupa jasa emak dan ayah. Tidak lupa kesusahan mereka semasa membesarkan saya.

Bila kita takda duit, orang memang akan pandang rendah. Tapi bila kita berduit, orang sanjung, orang puji, dan ramai pula yang nak berdamping. Semoga saya tidak akan pernah lupa asal usul saya. Terima kasih kerana membaca…

7 orang menconteng:

sedih lak baca cite en burn 2....... tp inila yg kita nak, bila dah senang tak lupa ibu bapa.......... bagus en burn, jadikan pengalaman lalu sbg kekuatan utk terus melangkah...

setuju sangat..keluarga hamba jugak susah sbegitu jugak dulu sebelum hamba lahir ke dunia..kakak dan abang hamba yang terdahulu terpaksa bangun seawal pagi tolong mak buat kuaih sebelum ke sekolah..then abang2 lak hantar kuih ke kedai sebelum masuk pagar sekolah..ada jugak yang tolong mak angkut air dulu..balik sekolah pulak cari kayu api..

sy mmg dilahirkan dr keluarga lebih kurang je mcm awk..lagi2 kita org ada 6 adik beradik..smpai kan 3 daripada abang2 sy tpaksa berhenti sekolah..skrg, alhamdulillah, walaupun abg2 sy x skolah tinggi tapi suma ada umah sendiri walaupun takat umah kpg je..mcm tu gak dgn kakak sy..syukur sgt2..

bagus entry ni. tak semua orang hidup senang dulu. ingatlah jasa emak dan ayah. baru hidup berkat.

MOHD NASER.com

betul tu,kdg2 bila kita miskin pndg sebelah mata pn org tk mahu :(,harta yg jd ukuran mrk...

betol..DUIT segalanya..
eventho mmg x smua DUIT
boleh beli tp DUIT la
yg boleh jamin utk kita
proceed hidup kita ;)




luv,
cik ana

mak ayah bersusah payah utk kita. kak liza pun dari keluarga penoreh getah yg selalu juga tolong kutip getah sekerap masa kecik2 dulu. keluarga hubby pun sama, ada sedara sendir yg tak pandang pun masa depa susah dulu. tapi la ni bila rezeki hubby murah, selalu pulak tukar2 kereta (gila kereta tu sampai 9 kali tukar sejak 1995) barulah depa buka mata & nak berbaik-baik. sebab tu lah jgn kita layan buruk pd mereka yg susah & beringat bila dah senang.

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates