Salam satu Malaysia. Alhamdulillah, berita mengenai cukai perkhidmatan 6% yang ingin dikenakan ke atas perkhidmatan kad top up dan starter pack baru tidak akan dilaksanakan. Mungkin keputusan ini diambil setelah pengguna bersama-sama bangun untuk memprotes Contohnya melalui facebook, dan blog. Persoalannya, seperti yang diwar2kan di surat khabar dan media, adakah benar kerajaan langsung tidak terlibat dengan perbincangan bagi keputuan sebelum ini?
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memberi jaminan caj cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna perkhidmatan mudah alih prabayar tidak akan dilaksana selagi belum ada keputusan kerajaan. Timbalan Menteri berkenaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata syarikat telekomunikasi (telco) perlu berbincang dan mendapat persetujuan kerajaan terlebih sebelum melaksanakan tindakan tersebut.
"Kementerian memberi jaminan bahawa tiada kenaikan akan berlaku pada masa terdekat ini, dan sebarang kenaikan hanya boleh dilakukan selepas mendapat persetujuan dari kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia," katanya pada sidang media, di Petaling Jaya, malam tadi.
D'Cruz yang ditemui selepas majlis Malam Kebudayaan Onam 2011, diminta mengulas mengenai keputusan telco pada 8 Sept lepas untuk mengenakan caj tersebut bagi produk tambah nilai dan pek permulaan bermula Khamis ini. Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan juga tidak terbabit langsung dengan keputusan telco tersebut.
3 orang menconteng:
huhuhu, 2 la tiba2 je mane boleh kan..
ish... itu la.. nape semua nak kena tax nih.. kalau x jadi bagus la.. tapi dah ramai kot penjual topup yang still melaksanakan.. huish...
@PeRmAtA bIrU, mana bleh suka2 nk naikkan harga...
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P