Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Assalamualaikum... Alhamdulillah, follower blog Syurga Itu Indah sudah mencecah angka 300 lebih. Saya harap anda selalulah tinggalkan komen dan menegur saya di shoutmix, supaya saya dapat mengenali anda dgn lebih dekat lagi. Rasa tak best pulak bila saya tak kenal follower2 saya. Kadang2 saya terlepas pandang, ada follower yang lebih tua, yang sepatutnya saya panggil abg atau akak, tapi saya gunakan aku ko saje. Saya mintak maaf banyak2.




Baiklah, satu persoalan yang ingin saya diskusikan hari ini, antara sahabat, kekasih dan adik beradik sendiri. Antara ketiga2 ini, yang mana lebih memahami anda? Yang mana lebih mahu menerima dan mengasihi. Yang mana lebih sedia membantu di kala susah?


Selalu orang berkata, air dicincang tak akan putus. Bermakna, ikatan kekeluargaan itu sangat kuat. Tidak akan putus dek kerana pertelingkahan kecil. Masih relevenkan pepatah tersebut? Macam mana kalau air disekat, atau ditutup terus? Pernahkan anda rasa tersisih dan merasakan teman-teman, atau dalam erti kata lain, orang lain, sahabat atau kekasih, lebih bermakna dalam hidup anda? Antara ketiga2 ini, jujurnya, siapa yang benar2 menyebabkan anda gembira dan bahagia?


Dah banyak saya perhatikan. Adik beradik berpecah belah. Bergaduh. Berselisih faham. Ikatan kekeluargaan kadang sangat rapuh. Masing2 dgn hal sendiri. Masing2 dgn gaya sendiri. Ada yang langsung tak peduli. Walhal berasal dari darah daging yang sama.


Yang lebih teruk, ada hubungan adik beradik yang retak hanya kerana wang, rebutkan harta dan sebagainya. Wujud sifat saling dengki mendengki sesama sendiri. Sebagai contoh, ada adik yang dengkikan kejayaan kakak sendiri. Ada kakak yang suka melihat adik sendiri ditimpa malang @ musibah. Ada adik beradik yang langsung tak ambiltahu. Ada abang yang tak bertanggungjawab, pentingkan diri dan suka mengambil kesempatan terhadap adik beradik. Berlaku kah kepada anda? Jadi malam ni saya nak buat satu survey.


Antara sahabat, kekasih dan adik beradik sendiri, yang mana anda pilih. Tandakan satu sahaja pilihan jawapan yang paling tepat dgn diri anda. Jangan bimbang, ini hanyalah satu survey biasa... :)





26 orang menconteng:

complicated

Saya tetap berpendirian teguh yg adik-eradik adalah insan yang lebih menerima kita seadanya. diantara keluarga tiada unsur hipokrit. walaupun ada perseisihan faham kenalah beralah antara satu sama lain suda nama keluarga. en3? hehe. nak percaya rakan 100%? xboleh..rakan skrg xmcm dulu..skrg byk kawan makan kawan. kekasih lak pon sama..sedidik btol2 klu nk percaya, selagi lom jd bini or suami, wspadalah dengan mereka.jgn sampai trtipu, terjerat dan teraniaya! :)

yg penting...ade certain things yang ble kite ckp kt sahabat..ade certain yg kite cume ble ckp kt bf or gf..n ade certain things kite ckp ngan siblings...overall....we need all of them...

saya dah vote~ :)

for me, sahabat lbih mmhami. lg2 kalo dyorg slalu ngan kite. tp adk beradik xsmstinya dlupakan. stuju ngan deeya_89, certain things mmg nk kna share ngan siblings jgak

bg aku, adik bradik tkder la semua yg understanding mcm kita nak...contohnya dia ader ramai adik bradik tp dia rapat dengan sorang nie jer...so, bg aku adik bradik dan shabat pun[yg tertentu] je akan lebih memahami...

@Tengku Muhammad yup, memang agak complicated.

@r-5, terima kasih kerana tinggalkan komen, pendapat yg panjang lebar... takda yg betul atau salah. masing2 punya pendapat tersendiri. mungkin berdasar pengalaman hidup. Tapi, memang bagus kalau antara adik beradik adanya sikap toleransi, keterbukaan dan saling memaafi.

@deeya_89 terima kasih jugak kpd deeya_89 sbb sudi buat poll dan berikan pendapat.

@^baju kurung^ wah, satu pendapat baru, dan agak berani. kalau tgk pd keputusan survey malam ni pun, ramai yg lebih memilih sahabat drpd adik beradik.

@AlfiEean WaRsi betul tu... mcm2 hal... apa2 pun, yg penting kita kena menghargai sahabat, kekasih dan adik beradik yg ambil berat pasal kita. jgn jd kacang lupakan kulit.

@Sunah Mohammad TQ :)

Sayangilah keluarga anda..

Pramugari MAS mati disebabkan sindrom jet lag

bagi saya family comes first..especially adik beradik..
tapi tak dinafikan we also need friends and bf..:)

Miecyber & puteri ain : thanks beri pendapat yer!

Bg pendapat i, tiga2 nie ada kepentingan tersendiri. i still percaye yg air dicincang tak akan putus. i pn slalu je gaduh dgn adik i. but actually, dia lah yg btul2 kenal n phm i. friends pulak mmg ramai, tp nk cari yg btul2 akan sush senang bersame mmg pyh. kawan zmn skg nie dpt sorg pn jd lah.slalu nye kwn cmnie i mtk pndpt ble ade konflik dgn family.u know, sometimes kte x phm dgn parents or adek beradek. but no one can put a spell on family. yg kekasih tu, i xleh bg pndpt. no experience ! ;) sekadar bg pndpt disini. peace no war !

kadang2 kwn suke mmhami kehendak kite..tp klau adik badik x sgt r..

adik beradik walau susah mcmn2pun.. tetap akan tolong kite.. walaupun pd mulenye pelbagai kata kesat keluar..

jd ksimpulannya, kwn2 kdg lg memahami, tp adik beradik tetap membantu bila dtg masalah. rite?

family comes first. apa2 pun family datang dulu. kawan, gf, bf, kadangkala silih berganti. family tetap dihati. =)

Latest Entry: Cara Extract Tulisan dari Gambar ke Microsoft Office Word

@geekz36 tq bro geekz utk ucapan ringkas dan padat tu!:k:

fiq drp kecik2 lagi dah berjauhan ngn family. sbb tu la fiq x rapat sgt ngn adik beradik.

@fiq ye ke... sorry kalo n3 ni buat fiq sdih pulak... apepun, njoy life n hargai org yg menyayangi kita... :e:

Alhamdulillah, kak liza kamcing dgn adik beradik terutamanya yg perempuan. Tapi tak semua org yg bertuah dpt adik beradik yg rapat. Berfikir dgn mendalam dgn siapa kita patut share masalah, takut juga ada yg tak jujur jaja kisah kita walaupun mereka adik beradik sendiri, sahabat baik mahu pun kekasih yg kita percaya.

Bile dapat adik beradik yg baik untung la.. Tapi.... Kalu dapat adik beradik yg suka dengki.. Sanggup tgk adik sendiri musnah... Sanggup jd batu api bg mak kite benci kt kite...bertuah jd korg..... Tahniah....

Nk kongsi sedikit.sy pilih Kekasih.. Kejam ke x kot.Sbb dye dh mcm adk beradik,sahabat, mak ayh sglanya. Ea mmg adk beradik d cincang xkn putus. Tp....sy tetap pilih kekasih

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates