Bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh cik Diana, saya akan memperkenalkan sedikit sebanyak mengenai diri saya. Act takde ape yang menarik mengenai diri saya yang dapat saya kongsikan di sini. Saya cuma blogger biasa yang meminati dunia blogging dan mula berjinak-jinak dengan dengan blog pada tahun 2009. Dan entry pertama saya ialah pada 18 Ogos 2009. Saya bermula dari bawah dengan tidak tahu apa-apa mengenai blog. Saya telah membina sebuah blog berpandukan sebuah buku panduan membina blog yang diperolehi dari perpustakaan. Memang agak tradisional cara saya. Dah lama dalam dunia blog, baru saya tahu adanya banyak blog-blog tutorial. Minat saya terhadap blog semakin mendalam kerana saya ingin meningkatkan pengetahuan saya tentang kejadian @ isu semasa dan saya sememangnya sangat selesa bekerja dengan komputer. Kenali saya sebagai Muhammad Burn. Nama saya Bakar ke?? Tak la... Ramai yang salah anggap. Sebenarnya Burn adalah nama panggilan saya sejak di bangku sekolah. Nama Burn telah diberi oleh kawan2 saya, iaitu Azzarul Zaman a.k.a. Bob dan Safwan a.k.a. Kumang. Saya berumur 23 tahun(2011) dan saya adalah anak kelahiran Negeri Perak. Saya adalah seorang pendidik.
Untuk syarat seterusnya, saya akan menjelaskan asal usul nama blog ini. Syurga itu Indah. Ada rakan saya yang ketawa sebaik sahaja melihat nama blog saya. “Mu nok masuk syurga ke??? Hahaha”. Macam tu lah lebih kurang ayat member saya tu. Masa tu saya baru saja buat blog nih dan masih banyak lagi untuk saya pelajari, dan dia sudah pun menggunakan wordpress. Namun kejadian tersebut sedikit pun tidak mengurangkan semangat saya. Tujuan saya adalah semata berkongsi dan mempelajari sesuatu yang baru, dan blog adalah diari kehidupan saya. Baiklah, kenapa saya pilih “syurga Itu Indah”??? Ya, kerana Syurga itu memang indah. Penjelasan yang mudah, bukan?? Kita semua mendambakan syurgaNya... Dan dengan pegangan syurga itu indahlah, kita akan terus-terusan menginginkan untuk ditempatkan disana.
Baiklah, untuk syarat terakhir, saya akan tag 3 orang sahabat saya, yang sama-sama masih baru seperti saya dan cuba meningkat naik(suport our newbie):
Geekz36
Fizah
AlfiEean WaRsi
10 orang menconteng:
salam kenal.. thanks jOin..
pendidik eyh.. same lah..
sy bakal pendidik.. Insyaallah.. ;)
btw suke bace kisah u.. n utk pgetahuan jgk..
i igt kn name u bakar.. huhu
maju bakar untuk negara!
@Cik DianaCik Diana, terima kasih lah sudi jugak follow sama blog saya.Tak sangka. Takpe. Dah biasa terjadi :)
hohohoh
rajin ekau join yer burn
bagus2
menambah kenalan
P/S : Siapa Yang Pernah Pergi Brunei? Apa Yang Seronoknya Di Sana?
@hansblog baru nak naik, hans... kena lah rajin tegur menegur... Sebenarnya tak lah rajin sangat, hehe... tapi contest tu sesuai, dan tak berat. Apa salahnya mencuba :)
salam... pndidik ek..
sama dengan saya.. baru jak posting,..
salam perkenalan..
apa2pun smooth tul editing ni
brader burn, tq ye tag dalam post ni. nnt kalau ada kelapangan blh hantar entry penyertaan.
salam
sama samalah kita memeriahkan bloglist cik diana ye
follow ur blog :D
geekz36 : ure most welcome
sissyira : tq yer...
Awangku Johan : Slm pknalan. Tq...
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P