Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Panduan 1 – Jangan cuba menipu lagi
kantoi curangTentu ianya sesuatu yang menyakitkan hati bagi pasangan yang telah ditipu. Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah putuskan semua hubungan sulit yang anda ada. Anda mesti luahkan sejujurnya kepada pasangan yang anda sayangkan hubungan sedia ada.

Panduan 2 – Berikan masa
kantoi curangSelepas ditipu, tiada siapa yang boleh lupakan begitu saja atau sekelip mata. Berikan si dia masa untuk pulihkan kepercayaan dan hilangkan rasa sedih. Dalam waktu ini, jangan sesekali mendesak. Keadaan mungkin menjadi sebaliknya.

Panduan 3 – Bersikap lebih terbuka
kantoi menipuSelepas ini anda perlu bersikap terbuka dan jujur dengan apa yang anda lakukan. Sekiranya anda masih menyembunyikan sesuatu walaupun bukanlah perkara penting, mungkin si dia akan mula salah sangka dan teringat kesalahan lama anda. Bukan mudah untuk pulihkan sikap seseorang yang telah ditipu. Si dia menjadi lebih curiga terhadap anda sekarang.

Panduan 4 – Berani tanggung
kantoi menipuAnda juga harus menerima akibat atas perbuatan anda sendiri. Jangan menyalahkan kekasih gelap anda atau diri anda sendiri. Apa yang penting ialah tumpukan semula pada hubungan anda dan cuba perbaikinya semula dan kembalikan keyakinan si dia. Buktikan pada si dia anda sudah berubah.


kantoi menipu
Salam satu Malaysia. Terima kasih kepada yang sudi berkunjung, sudi baca, dan lebih2 lagi kepada yang sudi tinggalkan komen. Untuk pengetahuan anda, keempat2 panduan diatas, bukanlah hasil penulisan saya. Tetapi hak milik @ pun tulisan blogger lain. Cumanya, saya tertarik benar, dan ingin memberi sedikit ulasan.

Pernahkah anda dalam situasi ditipu pasangan, atau pun anda ada pengalaman menipu??? Walau apa pun alasan anda untuk menipu, anda adalah seorang yang sangat kejam apabila anda menipu orang yang selama ini mengambil berat tentang diri anda.

Hmm, setujukah anda dgn keempat2 panduan di atas??? Saya setuju dan kurang setuju! Hah, Muhammad Burn guna bahasa keling pulak... Sebenarnya saya setuju dengan panduan2 tersebut. Tetapi bagi saya, panduan ke empat kurang tepat. Mengapa???

"Jangan menyalahkan kekasih gelap anda atau diri anda sendiri."

Okay, bagi saya, kita perlu menyalahkan diri sendiri. Kenapa??? Supaya kita tak fikir yang tindakan kita sentiasa betul. Supaya kita sedar dan menyesali perbuatan kita yang lalu. Kita tak boleh ego, dan tak mau mengakui kesalahan yang kita telah lakukan. Sebaliknya, kita perlu bertanggungjawab atas setiap perbuatan kita, bahkan kita sepatutnya berasa malu.

Itu Cuma pendapat peribadi saya. Bagaimana pula dengan pendapat anda??? Kalau ada nak tambah panduan lain, boleh tambah kat bahagian komen yer... Trimas.


Ps: Asik kne tipu je, blah je lah...



15 orang menconteng:

Salahkan diri sendiri atas kesalahan yang dibuat..hehe

@jack, betul tu :j:

Pernah kene tipu... Impaknya... susah nak percaya pada dia, sentiasa ragu2 dan syak wasangka. dan ternyata... dia memang tak boleh dipercayai... Hmm, tinggalkan aje.. senang cerita.

DAN kesan jangka panjang... saya susah nak percaya kepada long distance relationship... Tapi, kepercayaan tu boleh dibina.. =)

@Miss Sunshine, terima kasih sbb sudi berkongsi pendapat...

moral. setialah pd pasangan anda.

kecut perut mmbacanya..
hehe..
panduan yg bguna, mmg wajar d praktikkn bg yg bsalah..

@rara pinkmafia, rite :k:

@toyolkiut, npe kecut perut pulak? haaaa.... ada tipu yer :P

kalau kantoi ditipu camne plak tu?

ce komen sket, :l:

@geekz36, apa kata bro geekz tlg buatkan panduan... hehe

kak liza ni kalau tertipu sebab kantoi memang tiada maaflah kot. agaknya kalau tak terkantoi tentu penipuan terus berjalan.

@Liza @ Adzriel AB, mtk dijauhkan dr benda2 tipu nih... x elok...

tak suka la kena tipu.....mun dah kena tipu susah la bgi saya nak mempercayai seseorang itu lagi.

@Tanpa Nama, tapi benda dah pun berlaku. kalau kita still nak teruskan hubungan tu, kita kena move on...

sy pnah curang sbb rse bslh sy trus trg n menyesal n dia trima sy kembali, tp sume tu tjadi krana dia yg sperti tdk syg hbngan kami. selepas kjadian ini, hbngan kami mkin rpat dan lbh memahami antara satu sama laen

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates