Salam semua. Kenapa kita perlu mencintai Tuhan??? Sebab Dia menciptakan kita??? Sebab Dia memberikan kita hidup dan peluang bernafas di dunia ini??? Itukah sebab utama??? Semua tu adalah jawapan yg biasa kita dengar.
Baik, sebab apa kita menyayangi ibu bapa??? Sebab mereka melahirkan kita??? Ya, betul... Tapi itu bukan sebab yang paling utama. Kita menyayangi ibu bapa, kerana kasih sayang mereka kepada kita. Begitu juga dengan Tuhan. Kita perlu mencintai Tuhan kerana cintaNya kepada kita.
Dapatkah kamu rasa cinta Tuhan??? Cinta Tuhan ibarat angin yang tidak dapat dipandang zahir. Tidak dapat ditangkap pandangan mata. Hanya mata hati yang mampu merasakan kehadirannya.
Namun ramai manusia mengatakan cinta pada Allah, namun tidak mejiwai perasaan itu. Mereka tahu Allah itu Maha Melihat, tetapi mereka lupa, Allah sentiasa berada di sisi. Allah bukan saja memerhati, malah Allah ikut sama dalam setiap perbuatan. Bukan saja melihat tingkahlaku kita, bahkan tahu segala tindak tanduk dan niat di dalam hati kita.
Saya sekadar memberi peringatan. Terutamanya kepada diri saya sendiri. Kerana manusia itu lumrahnya mudah lalai dan lupa. Tiada cinta yang perlu diletakkan ditempat paling utama melainkan cinta kepada Tuhan. Cinta yang kekal, jika kita pandai menjaganya. Jika kita tahu menghargai nilai cinta tersebut. Sedangkan cinta kepada manusia itu tidak menentu...
6 orang menconteng:
Melayu mudah lupa.. eh silap, Manusia mudah lupa ;)
peliklah.. takkan kawan2 len leh tolong tengok ja ka...
@Sofya, eh silap tempat komen ni... entahla. maybe dorang gangster dlm kelas. so yg lain takut...
sy sbgai manusia bsa pon kdg2 lupa.... cam x dpt bezakan syg manusia@Allah lebih...wlupun sy ckp saya sygkan ALLAH, tp prbuatan kt kdg2...kt lupakan... Nauzubillah,,,
@Ct Aja, sbb tu lah sy tgerak tulis entry nih. utk sama2 ingt.
manusia itu mpunyai akal dan fikiran.. tetapi akal dan fikiran yg ada d salah guna.. dan tidak digunakan kearah yang boleh mengingatkannya.. hal ini kerana, adanya pgaruh mybbkan kita lupa kepada sang pencipta.. bila kaya, senang dan berjaya kita lupa padaNYA>.. tetapi bila dah papa kedana, susah, dihimpit pelbagai masalah serta kerumitan baru nak menadah tangan kepadanya meminta pertolongan daripadanya.. Kalau sudah begitu apa lagi nak disesali.. Oleh itu.. kepada d luar sana.. sntiasalah mengingatinya agar kita sntiasa beroleh magfirah dan hidayah darinya.. Amin
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P