Ada sesetengah yang mempersoalkan kenapa perlu bersungguh-sungguh menyibukkan diri dengan hal ehwal Palestin sedangkan bangsa Arab sendiri tidak pernah bersatu dan ambil peduli. Jawapan kepada persoalan ini ialah, isu Palestin bukan semata-mata isu bangsa malah lebih daripada itu. Mempertahankan al-Aqsa ialah isu aqidah! Mahukah kiblat pertama umat Islam dirampas oleh bangsa Yahudi? Gaza pula merupakan tempat kelahiran Imam Shafii yang mana mazhabnya menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.
Siapa Salahuddin al-Ayyubi
Beliau bukan berbangsa Arab tetapi beliau bersungguh-sungguh dalam membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan tentera Salib. Setelah 88 tahun Baitul Maqdis di bawah penguasaan tentera Salib, akhirnya Islam kembali berkuasa. Semangat yang ada pada diri beliau patut kita jadikan iktibar dalam perjuangan isu Palestin.
0 orang menconteng:
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P