Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Diriwayatkan bahawa Rasululullah SAW telah bersabda yang bermaksud:


" Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat(ada pendapat menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail memandang dirinya sendiri dan berkata : ' Wahai TuhanKU, adakah ENGKAU menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku? ".


Lalu Allah berfirman yang bermaksud.."Tidak".."

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.


Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah berfirman yang bermaksud..


" Wahai Jibrail, kamu telah menyembah AKU dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaKU seperti ibadat kamu. Akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling AKU cintai, namanya 'Muhammad'.


" Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKU dan ketinggianKU, sesungguhnya solat mereka itu lebih AKU sukai dari solatmu itu kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKU , sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKU".


Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang ENGKAU hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud:


" Ya Jibrail, akan AKU berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal".


Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah SWT untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat keizinan Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap kali Jibrail as mengembangkan dua sayapnya, Jibrail as boleh menempuh jarak perjalanan sejauh 3000 tahun. Jibrail as pun terbanglah selama 300 tahun sehingga merasa letih dan lemah dan akhirnya Jibrail as turun singgah berteduh di bawah bayangan sepohon kayu dan sujud kepada Allah SWT lalu berkata di dalam sujudnya:


" Ya tuhanku, apakah sudah aku menempuh separuh dari jarak perjalanan atau sepertiga atau seperempatnya?".


Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud:

" Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun AKU berikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang AKU berikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan ".


0 orang menconteng:

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates