Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

mengapa bersedih


"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - [Ibrahim 14:34]

Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Kemewahan, dan harta yang melimpah ruah... Pandanglah disekitar anda sekarang, apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang… Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup. Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, maka mengapa harus berdukacita?

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah. Firman Allah: "Jangan takut, jangan berdukacita." - [Al-Ankabut 29:33]

Kadang-kadang manusia berasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa, kekecewaan kerana putus cinta, masalah keluarga yang banyak, masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah wang, dan sebagainya. Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan. Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah?

Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu. Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT. Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.

Sebenarnya masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang telah dihadapi selama ia hidup. Dan yakinlah dengan sebarang masalah, diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.


4 orang menconteng:

Setuju dgn EN Burn, saya sendiri pon kdg2 lupa memandang sekeliling, da byk Allah bagi, jadi tak sepatutnya mengeluh dgn stp dugaannya..

@Ct Aja, Manusia biasa. Kadang hati ni sedih juga. Peringatan untuk diri saya sendiri.

ulasannya apik...aku suka....
:e:
kebanyakan manusia mengira apa yang ada pada dirinya dan apa yang menjadi miliknya akan menjadi miliknya selamanya...padahal ia hanya meminjam...

@Aisyah, btl tu. dunia ni pinjaman. disana tempat abadi...

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates