Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

PENAMPILANNYA bersahaja tetapi luar biasa. Begitulah personaliti seorang konsultan virus komputer, Dr. Looi Hoong Thoong, 67, ketika ditemu bual di pejabatnya di Looi Software, Pulau Tikus, Pulau Pinang baru-baru ini.

Mendekati diri warga emas terbabit, beliau rupa-rupanya antara pencipta program antivirus terawal dunia, V-Buster. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Arkitektur ini berkata, kerjaya sebagai pereka program komputer memerlukan ketajaman fikiran dan ia lebih mencabar berbanding arkitek pembinaan.

V-BUSTER berupaya mengesan 750,000 virus komputer. Walaupun telah berjaya menghasilkan perisian antivirus sendiri, Looi tidak menjualnya. Beliau cuma membuat salinan perisian itu sebelum mengedarkan secara percuma kepada rakan-rakan. Hanya tidak lama kemudian barulah beliau menjualnya pada harga RM4 di kedai IRM Komputer di Komtar, Pulau Pinang dengan jenama V-Buster.

Menjelang tahun 1991, V-Buster sudah pun dikenali di pasaran Australia, Amerika Syarikat dan Eropah. Malangnya, orang ramai kurang mempercayai produk tempatan. Menurut Looi, pernah ada sebuah bank tempatan yang mahu menggunakan program beliau tetapi ditentang oleh pengarah bank berkenaan atas alasan status bank berkenaan akan jatuh kerana memakai program tempatan.

“Namun, syarikat multinasional dan korporat serta universiti asing menggunakan perisian saya.

“Ini kerana pada tahun 1990-an, program saya boleh mengesan lebih banyak virus berbanding perisian lain,” kata Looi.

Sekarang, V-Buster berupaya mengesan dan memusnahkan lebih 750,000 virus komputer dan Internet. “Program saya laris seperti kek panas di Amerika Syarikat dan Eropah tetapi agak lemah di pasaran tempatan.

“Mungkin disebabkan orang kita begitu sukar mempercayai perisian keluaran tempatan,” keluhnya yang pernah menerima lebih 20 anugerah kecemerlangan sepanjang penglibatan dalam bidang tersebut.

Sehingga kini, terdapat 1.5 juta pengguna berdaftar yang menggunakan perisian antivirus tersebut di negara ini. Sepanjang kerjayanya memerangi virus komputer, Looi sudah menemui lebih tiga juta virus.


Muatturun Di SINI



0 orang menconteng:

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates