Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!


KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Tujuh maut manakala 39 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Km38 Genting Sempah dekat sini Jumaat malam. Kemalangan yang melibatkan bas yang membawa 46 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling, Kedah dan dua pemandu bas berlaku kira-kira 7.50 malam ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands. Bas tersebut yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.

Berdasarkan siasatan awal polis, masalah brek dipercayai menjadi punca kemalangan itu. Timbalan Ketua Polis Gombak Supt Rosly Hassan memaklumkan daripada 46 mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu termasuk dua pemandu; tujuh mangsa maut, 17 cedera parah dan 22 lagi cedera ringan. Mereka yang terbunuh berusia antara 13 tahun hingga 28 tahun, enam daripada mereka mati di tempat kejadian manakala seorang lagi iaitu guru agama dan juga ketua rombongan tersebut Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28, mati dalam perjalanan ke Hospital Selayang.

Azizan berkata bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang maut kerana tersepit di bawah bas. Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur. Mereka yang dilaporkan kritikal dan dibawa ke Hospital Selayang ialah Mohamad Fais Nasharuddin, 18 dan Ahmad Iswas Abd Halim, 15.

Yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang ialah Mohd Shamsuri, 15; Mohd Ajril Azizi Azhari, 15; Mohd Akram, 19, dan Mohammad Hafifi Yahya, 19. Mereka yang mendapatkan rawatan cedera ringan di hospital itu ialah Mohd Safuan Md Mokhtar, 20; Hafizudin Onan, 16; Muhamad Syakur Sulaiman, 19; Mohamad Nazren, 16 dan Faiz Syazwan Azlan, 18.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek turut melawat mangsa di Hospital Selayang. Beliau meminta agar laporan polis dapat disiapkan segera untuk memastikan punca kemalangan sebenar sama ada ia masalah mekanikan atau kecuaian pemandu. Sambil mengucapkan takziah kepada mangsa yang terkorban, Ahmad Shabery berkata pegawai kementeriannya akan membantu keluarga mangsa menguruskan jenazah.

Di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pula, lapan mangsa yang cedera dihantar untuk rawatan di mana tiga mangsa mengalami cedera ringan manakala lima lagi parah.

Mohd Zairul Hafizat, 15, yang mengalami cedera ringan ketika ditemui di HKL berkata kemalangan berlaku ketika hujan renyai-renyai. Dia yang baru tersedar dari tidur ketika kejadian mendakwa bas itu terbabas akibat brek bas yang "tidak makan". Mohd Zairul berkata lawatan sambil belajar itu disertai seramai 43 golongan muda antara 14 hingga 25 tahun dari beberapa kampung dari Daerah Baling yang diketuai oleh Mohd Zaidi.

Rombongan itu bertolak dari Kedah pada pukul 11 malam hari Khamis dan tiba di Genting Highlands pada pukul 8 pagi hari Jumaat, katanya. Rombongan itu bertolak kira-kira pukul 7 malam pada Jumaat dari Genting Highlands untuk ke Kampung Melayu Subang bagi menyertai program homestay. Mereka sepatutnya bertolak pulang pada pukul 5 petang pada hari Sabtu.

Mohd Zairul berkata dia juga tidak mengetahui keadaan abangnya yang turut menyertai rombongan itu.

Seorang lagi mangsa, Ahmad Amirul Shukri, 13, yang juga cedera ringan berkata ketika kejadian dia sedang tidur dan tersedar ketika bas terbalik. Katanya dia berjaya keluar melalui tingkap bas yang pecah.

Di Hospital Bentong, Pahang, seramai 15 mangsa yang kesemuanya mengalami cedera ringan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar. Turut melawat mangsa yang tercedera di Hospital Bentong ialah Pegawai Khas kepada Anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai iaitu Tan You Seng yang berkata pengangkutan akan disediakan untuk memindahkan kesemua mangsa yang cedera di Hospital Bentong ke Hospital Selayang awal pagi Sabtu.

-- BERNAMA

0 orang menconteng:

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates