
Trick ni sesuai kepada mereka yang mempunyai pendrive, external harddisk, dan juga kepada pemilik PC yang selalu copy file dari 1 workstation ke workstation yang lain. Trick ni akan membantu menguatkan security PC anda selain dari antivirus yang anda miliki. Jangan risau, ia takkan konflik dengan sistem anda.
langkah-langkahnya:
- sila buka directory Pendrive / harddisk anda
- create new folder
- rename new folder tersebut kepada Autorun.inf
- selesai!
langkah2 di atas boleh juga dibuat kepada setiap pendrive anda, setiap partition di dalam external harddisk, dan juga setiap partition di dalam PC anda sendiri. Hal ini kerana kebanyakan virus berjangkit melalui pendrive akan aktif melalui sistem autorun. Mereka akan siap2 create 1 file bernama autorun.inf yang telah dijangkiti untuk menyebarkan virus. Jika file autorun.inf telahpun siap2 anda create, ini akan membuatkan virus tersebut tidak dapat masuk kerana menyangka dirinya telahpun wujud di dalam directory tersebut (bodo gak kan virus ni? kekekeke)
Teknik ni tidaklah 100% dapat menghalang jangkitan virus tetapi proven dapat menghalang 75% jangkitan.
 
2 orang menconteng:
terbaik bro. aku baru tau. bengap gak rupanya virus ni, kekeke :k:
@geekz36, bengap mentega...
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P