 Seniman  tersohor M. Rajoli kini terlantar sakit. Keadaan kesihatan beliau masih  tidak berubah. Di rumahnya, beliau terbaring di atas katil besi dengan  susuk tubuh yang kurus dengan mata layu yang terbuka tanpa kata-kata.  Ucapan salam pihak wartawan kepadanya langsung tidak mendapat jawapan  daripadanya hanya sekadar pandangan mata layunya yang menyimpan seribu  makna.
Seniman  tersohor M. Rajoli kini terlantar sakit. Keadaan kesihatan beliau masih  tidak berubah. Di rumahnya, beliau terbaring di atas katil besi dengan  susuk tubuh yang kurus dengan mata layu yang terbuka tanpa kata-kata.  Ucapan salam pihak wartawan kepadanya langsung tidak mendapat jawapan  daripadanya hanya sekadar pandangan mata layunya yang menyimpan seribu  makna.
Menurut  wartawan Utusan Malaysia, ketika 5 bulan lalu dia menziarah nya, beliau  masih mampu berkata-kata walaupun sepatah dua. Namun kini, dia lebih  menyepikan diri. 
Jika  isteri tercinta bertanya makan minumnya, M. Rajoli akan menunjukkan  isyarat bagus jika lapar dan menggoyangkan tangan jika dia enggan makan.
“Macam itulah abang sejak dua bulan lalu. Dia tak mahu bercakap dan makan minum pun dia tidak pernah minta.
“Mulanya saya tunggu juga  apabila dia mahu makan tapi lama-lama dia diamkan diri dan tidak pernah  minta apa pun walaupun setitik air.
“Akhirnya saya buat keputusan  memberi abang makan ikut waktu tertentu iaitu pukul 10 pagi beri  sarapan, pukul 2 petang makan tengahari dan pukul 8 malam suapkan makan  malam,” cerita Hashimah sambil memandang penuh kasih pada suami  tercinta.
Bukan itu sahaja, malah kini  Hashimah juga memastikan M. Rajoli memberi reaksi terhadap apa saja  pertanyaannya terutama dalam memastikan makan minumnya terjaga.
 M.  Rajoli menjalani pembedahan penyakit limfoma (kanser kelenjar di otak)  pada 11 November 2007. Selepas pembedahan itu, M.Rajoli menjalani  kimoterapi sebanyak empat kali.
M. Rajoli asalnya boleh berjalan  seperti biasa selepas pembedahan. Bagaimanapun, kata Hashimah, selepas  darah dan air tulang belakang diambil untuk tujuan uji kaji, dia terus  terbaring.
“Enam bulan abang menjalani  fisioterapi tetapi apabila melihat tidak ada perubahan, saya dan  anak-anak mengambil keputusan untuk menghentikannya.
“Tetapi kini setiap petang  Selasa dan Rabu ada dua orang jururuawat dari syarikat swasta akan  datang ke rumah untuk membuat fisioterapi.
“Selama sejam itu, mereka mengurut dan menggerakkan kaki dan tangan abang agar tidak kejang tanpa mengenakan apa-apa bayaran.
“Di samping itu sebulan sekali,  saya akan ke Intistitut Jantung Negara (IJN) untuk mengambil ubat  jantung abang,” cerita Hashimah.
Hashimah yang mempunyai empat  orang anak hasil perkahwinannya dengan M. Rajoli - Siti Zaleha, 34, Nur  Muhammad, 33, Siti Nazirah, 27, dan Mohd. Ariff, 23, ketika ditanya  penjagaan terhadap suaminya, sambil membetulkan selimut suaminya,  berkata: “Syukur benar saya ada anak-anak yang tidak merungut menjaga  bapa mereka.
p/s : Sama-samalah kita mendoakan kesihatan beliau.
 
0 orang menconteng:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P