 Namewee atau Wee Meng Chee telah menarik balik video kontroversi   terbarunya minggu ini, dan mencabar pengkritiknya, ketua Puteri Umno   Datiuk Rosnah Rashid Shirlin untuk berdebat secara terbuka.
Namewee atau Wee Meng Chee telah menarik balik video kontroversi   terbarunya minggu ini, dan mencabar pengkritiknya, ketua Puteri Umno   Datiuk Rosnah Rashid Shirlin untuk berdebat secara terbuka.Sebelum   ini Rosnah mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap Namewee kerana   didakwanya telah mengulangi perbuatan yang dianggap biadap, kali ini   dengan menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.
Menurut   Rosnah, klip video terbaru Namewee yang disifatkan berbaur perkauman   dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan   berbaur perkauman. 
 "Saya ingin tahu daripadanya (Rosnah),   kenapa dia menyerang mangsa (masyarakat Malaysia), sedangkan pelaku   sebenar isu ini belum dihukum," kata Wee (kiri) dalam satu kenyataan di   blognya hari ini.
"Jika dia merasakan saya tidak  menghormati  dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap negara saya  sendiri,  maka sila terima pelawaan untuk berdebat secara terbuka tentang  isu  ini.
"Bantu kami rakya Malaysia untuk  mendefinisikan, bagaimana  untuk menjadi warganegara Malaysia yang  patriotik, tolong ajar kami,"  katanya.
Wee  bersungguh-sungguh mahu membela dirinya di arena  awam dengan berkata:  "Banyak tuduhan dilemparkan terhadap saya sejak  2007... tidak ada yang  nampaknya membela diri saya di arena politik.
"Nama   saya telah dipergunakan dalam banyak insiden oleh ahli politik sejak   bertahun-tahun. Kali ini saya tidak akan membiarkan tuduhan kosong tanpa   asas dilemparkan terhadap saya lagi.
"Saya hanya  seorang  individu tanpa agenda atau motif politik, yang ingin menyuarakan   pendapatnya menentang sikap perkauman di negara ini," katanya.

 
 
 
0 orang menconteng:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P