Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Salam semua. Entry ini mungkin akan membuat anda rasa takut, bimbang dan mungkin juga bengang, marah serta menjadi biul. Kesan daripada membaca entry ini adalah tanggungjawab anda sendiri. Serius, saya tak main2. Kalau anda tak bersedia, sila beralih ke entry yang lain… Anda masih membaca? Terpulang…

Ini bukan cerita You Saka. Takde kaitan jugak dengan cerita Senjakala. Ala, kan ada babak pindah saka tu… Siap jerit2 lagi. Huhu… Okay, apa itu saka? Orang melayu terutamanya sering dikaitkan dengan saka. Bangsa lain takda ke?

Sekadar gambar hiasan...

Sejauh mana anda percaya wujudnya saka? Saka ni turun melalui keturunan. Saka BAKA. So, maknanya, dia, atau pun hantu tersebut ialah keturunan anda. Mungkin lapisan nenek moyang yang sudah berzaman meninggal dunia. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan saya. Kebanyakan dari kita percaya, tidak ada hantu. Yang ada cumalah jin. Dan tak mungkin hantu itu asalnya dari roh manusia. Sebenarnya, alam ini penuh dengan misteri. Dan saya tidak mahu bertengkar, atau berhujah dengan anda. Boleh rujuk entry saya sebelum ini, 10 Hakikat Hantu.

Saka selalunya menyusahkan. Kesan apabila mereka ada dalam rumah kita, akan sering berlaku pergaduhan dan mungkin juga perceraian, rumah hilang seri, rezeki sukar masuk, dsb. Anda ada pengalaman, cerita mengenai saka? Jom kongsikan…


11 orang menconteng:

Saya tak berapa tau, saya lebih faham tentang saka bila tgk cite Kasihku Seru...hi3

@Ct Aja, filem selalunya tak btl... huhu

saka ni bukan roh tok nenek kita yg jadi hantu.. tapi saka ialah belaan tok nenek dulu. bukan semua org la tapi kebanyakkan org dulu2 mmg bela atas mcm kepentingan cth nak jaga harta, jaga anak cucu, nak kuat bla2.. bila tok nenek nak meninggal saka tu minta@cari tuan baru..selalunya keturunan dia la yg di cari.. xkira saka baik or jahat kita tetap xleh percayakan dia.. sebab hanya Tuhan yang boleh bantu kita..
opppss sory ekk panjang lebar plak..

aku pecaya sebab tok aku selalu cerita... orang dulu2 terutamanya orang kaya suka bela untuk jaga harta dan kebun....

yup! saka mmg menyusahkan!

@Sofya, belaan tu btl jgk. tp siapa yg dibela? tetap roh manusia... sy pernah jumpa bomoh yg bela ayahnya sendiri... ayah dia yg buat kerja utk dia. believe or not, terpulang :)

@RedVixen, mmg org zaman dulu, guna utk terangkan kawasan hutan, lindungi diri dr jepun dsb...

@Kathy Tuah, :d::d::d:

doalah bebanyak supaya keturunan kite xde saka...nanti tup2 ad je yang nak cari pengganti

@3no gr33ny, tp hakikatnya, rmai yg xtau mreka ada saka.

bak kata upin ipin.. betui betui betui

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates