Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

facebook perceraian


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Ancaman kepada rumahtangga kini tidak hanya datang daripada orang ketiga. Laman sosial facebook juga boleh menjadi ancaman kepada sesebuah pernikahan. Sepuluh tahun yang lalu mungkin kita tidak pernah terfikir, internet boleh merosakkan sesebuah perhubungan. Tapi kini, facebook dan laman sosial yang lain, dalam diam-diam menjadi ancaman yang boleh menganggu gugat kebahagiaan anda. Memang banyak manafaat yang dapat diperoleh dengan bersosial di laman-laman sosial ini. Ada yang mendapatkan jodoh, peluang bises, dan bertemu teman lama. Namun bagi pasangan yang sudah berumahtangga sebaiknya mengamalkan tips2 seperti dibawah:


1. Demi mengelakkan perasaan curiga, tak ada salahnya memberitahu password dan user name kepada pasangan anda. Apalagi jika hal tersebut memang ditanya oleh pasangan. Apabila anda berasa berat untuk memberinya, bererti memang ada yang salah dengan facebook anda! Dan jika tidak keberatan, adalah digalakkan untuk sama2 berkongsi satu facebook sahaja.


2. Berfikirlah baik-baik sebelum mengganti gambar profil anda di facebook. Sebagai seorang yang sudah berumahtangga, pastikan gambar tersebut tidak menyinggung atau membuat pasangan anda marah. Jika pasangan tidak suka anda meletakkan gambar yang agak seksi, sebaiknya hindari daripada meletakkan gambar sedemikian. Jika tidak keberatan, meletakkan gambar anda berdua dengan pasangan sebagai gambar profil juga boleh menjadi salah satu cara untuk menyenangkan pasangan sekaligus mengurangi ‘risiko’ godaan di facebook.


3. Jangan menerima friend request dari orang-orang yang tidak dikenal, terutamanya yang berlawanan jantina. Banyak info tentang diri anda di facebook. Oleh itu, pastikan anda mengenal siapa saja yang boleh mengakses maklumat tentang diri anda.


4. Jika Anda masih menyimpan perasaan, sama ada cinta mahu pun luka lama pada bekas kekasih, sebaiknya jangan masukan mereka di dalam friendlist. Update-update terbaru tentang mereka yang muncul di wall anda boleh membuat perasaan yang tersimpan itu tidak akan pernah hilang. Pemilihan rakan di facebook adalah hak anda sepenuhnya. Anda tidak perlu rasa bersalah untuk menolak friend request.


5. Hindari status facebook yang terlalu membuka rahsia rumahtangga. Sekali-sekala tak ada salahnya bercerita tentang surprise yang diberi oleh pasangan atau cerita mengenai percutian anda berdua. Tetapi jangan terlalu kerap, kerana akan membuat orang lain terganggu [annoying]. Keburukan pasangan, cerita mengenai pertengkaran, atau masalah keluarga adalah hal-hal yang sebaiknya tidak menghiasi status facebook anda.



Facebook merupakan laman yang bermanfaat jika digunakan secara baik. Jadi, amalkanlah tips2 di atas agar pernikahan anda tidak musnah hanya kerana facebook!



4 orang menconteng:

terima kasih en burn ats tips2 yg diberi..

stuju2...sudah byk kli dgr tntng isu prgolakn rumahtangga disbbkan fb

@Ct Aja, sama2...

@fiqah, kita x bleh taksub sgt dgn fb...

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates