Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!



Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (pada hari kiamat) dari akhlak yang baik. (HR. Abu Dawud)



Dalam hadis lain juga menyebut: Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi dan paling hampir denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling mulia akhlaknya di kalangan kamu. Manakala orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya dariku pada hari kiamat ialah orang yang buruk akhlaknya di kalangan kamu. -Riwayat Ahmad.



Topik yang nak aku sentuh hari ni adalah topik yang berkait rapat dengan keberkecaian akhlak di negara kita, dan acap kali jadi isu didada2 akhbar seperti Harian Metro. Bahkan cukap famous kat majalah2 picisan cam Mastika, iaitu budaya kapel yang menjurus kepada zina, seterusnya pembunuhan bayi yang tak berdosa.




Jangan marah aku kutuk akhbar dan majalah2 camni. Bagi aku mereka hanya memburukkan keadaan. Daripada situasi belum terjebak dan tak tau apa2, terasa macam nak mencuba. Kekadang aku pun tak paham mengapalah manusia ni seolah2 takde otak. Berani buat tapi tak berani nak hadapi kenyataan hidup, malah melepaskan tanggungjawab atas tindakan dan perbuatan sendiri. Dah boyot tau pulak malu. Haiwan pun tahu sayangkan anak, inikan pula manusia yg diberi akal sempurna utk berfikir.




Percaya atau tidak, remaja perempuan yang membuang anak akan senentiasa memikirkan tentang anaknya yang dibuang dan ditinggalkan di dalam tong sampah, semak, tandas dan tak kurang juga di tangga surau apabila mereka sudah berumahtangga dan mempunyai anak. Perasaan sayu itu sukar dibendung dan boleh menyebabkan keadaan lebih buruk lagi, sehingga ada yang menjadi kurang siuman. Pada masa itulah rasa bersalah itu akan menghukum diri sendiri. Siapa yang hendak dipersalahkan apabila nasi dah menjadi bubur ayam mcD, regular punya???




Perempuan perlu tahu fitrah naluri lelaki. Jangan fikir kamu perempuan, sama je dengan lelaki. Perempuan mudah sgt tertipu dgn kata2 manis lelaki. Konon take care la sangat. Tapi sebenarnya nafsu yang mendorong mereka berpura baik.



"Sesungguhnya lelaki yang baik ialah lelaki yang menjaga pandangan dan kemaluan"



Tak jelas ke lagi??? Lelaki sangat mudah untuk terangsang berbanding perempuan. Hanya iman dan akhlak yang dapat memayungi lelaki daripada merosakkan kaum hawa.



Kalau benar Adam menyayangi Hawa, Adam tidak akan sanggup melihat Hawa kehilangan maruah diri.



Kenapa lelaki tidak dapat menahan godaan nafsu? Pertama, lelaki tidak dapat mengelakkan pandangan apabila melihat lenggok tubuh sang gadis. Oleh itu tutuplah. Bagi mengelakkan kamu terus diminati oleh lelaki2 jongos yang hanya menyimpan berahi pada kamu. Pakailah tudung yang menutup dada. Jangan dok pakai baju yang jenis kain jatuh tu k. Kedua ialah sentuhan. Tak payah la nak cover line dgn menggunakan istilah abang angkat. Adik angkat. Kakak angkat. Bila dah jadi angkat2 nih, bleh la pegang cam adik beradik sendiri. Dalam Islam takda istilah angkat2 nih. Perempuan mungkin boleh ikhlas dalam persahabatan. Tetapi lelaki??? Satu dalam seribu.....



"Perempuan umpama coklat yang manis rasanya. Tapi apabila terjatuh, ia sudah tiada harga"



Inilah keburukan budaya ‘berkapel’… Aku bukan anti kapel. Cuma aku tak setuju budak sekolah yang baru nak naik dan belum kenal dunia dah bercinta sakan. Kajian mengatakan seseorang itu hanya akan matang selepas berumur 25 tahun. So, camana la mak bapak boleh biarkan anak2 berpeleseran, membonceng motor budak lelaki time balik sekolah??? Mak bapak sibuk sangat cari duit ke sampai semuanya diambil mudah???



Sebagai manusia sememangnya sudah menjadi lumrah mempunyai perasaan utk disayangi mahupun menyayangi. Malah, kasih sayang adalah kurniaan Allah yg paling besar utk hambaNya.



Tujuh golongan yang Alah akan naungi mereka di bawah naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sahaja...


Dan satu daripada golongan itu ialah : Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, mereka berhimpun dan bertemu kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah. -Riwayat Bukhari, Muslim, Malik, al-Tirmidhi dan an-Nasaie.






Okaylah... Bagi mengakhiri entry aku yang panjang bebenor nih, jom layan satu video youtube. Jangan gelak je... ambil pengajaran yang terselit dalam video nih, k...






6 orang menconteng:

terbaru nak baut pendidikan seks pulak. budak dari taktau pape terus jadi terer.

btol gak ape bro ckp..akhbar pon kadang2 bagi kesan tak baek kat pembaca..lagi2 metro..sebab tu metro skrg dah dicop sbg Harian Metrosexual..

@RedVixen bukan jadi terrer je. jadi pro mengalahkan org tua.

@Jejaka Terhangat elok tukar cepat tajuk akhbar tu. tp metrosexual takda kaitan dgn sex.... kita tukar jadi metrosex udah ler...

aah cik ana pun setuju..skg nih dah mcm2 sangat PENDEDAHAN nak dibuat...
dulu elok2 je xde pun payah nak buat pendidikan seks lah ape lah..ok je.takde pun sgt soSIAL..hemm

@anamizu kononnya pendidikan seks tu utk elak dari terjebak... terima kasih sbb sudi tgalkan komen yer :)

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates