Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!


DI SAAT seluruh warga dunia asyik ‘melayan’ Facebook, laman web sosial paling popular, seluruh masyarakat dunia digemparkan dengan laporan bahawa laman itu bakal ditutup tidak lama lagi. Mendengar khabar belum pasti itu, setiap yang mendaftar sebagai pengguna Facebook tertanya-tanya apakah laporan itu benar atau sekadar khabar angin semata-mata. Tidak lama selepas khabar angin ‘penamatan riwayat Facebook’ dan tiada kenyataan rasmi yang mengesahkan tentang penutupan laman web itu, maka ramailah peminat setianya yang tersenyum dan menarik nafas lega. Apa yang pasti, usikan nakal untuk seluruh pengguna Facebook di dunia itu membuatkan manusia terlopong seketika, membayangkan apa akan berlaku terhadap dunia masing-masing tanpa laman web sosial itu.


Ketua Pegawai Eksekutif CASO Sdn Bhd, Ezran Baharum berkata, ia bukan satu perkara mustahil apabila terdapat desas-desus tentang penutupan operasi Facebook yang dikatakan akan bermula Mac ini. Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang teknologi maklumat (IT), pemuda 27 tahun ini berkata, keputusan tersebut mungkin dibuat atas beberapa faktor termasuklah ketagihan melampau masyarakat dunia terhadap laman itu.


“Saya tak terkejut mendapat perkhabaran ini. Kalau betul ia akan ditutup, dapat kita katakan mungkin kerana pengasasnya telah mencapai satu peringkat kejayaan yang dia sendiri tidak jangkakan sebelum ini,” katanya kepada Mingguan mStar baru-baru ini.


Menurut Ezran yang banyak terlibat dengan bidang pembangunan ICT dan multimedia, ramalan tersebut dibuat setelah mengkaji latar belakang Mark Zuckerberg dan bagaimana anak muda itu membangunkan laman web sosial itu tidak lama dulu.


Zuckerberg yang pernah menuntut di Universiti Harvard, Amerika Syarikat dikatakan tidak menyimpan hasrat untuk mengaut keuntungan seperti yang diperolehnya sekarang apabila beliau membina Facebook, sebaliknya hanya bermatlamat mewujudkan sebuah rangkaian sosial di kalangan pelajar universiti. Tuah Zuckerberg, tanpa disangka-sangka Facebook terus mendapat perhatian ramai dan berjaya meluaskan rangkaiannya ke seluruh pelosok dunia, termasuklah Malaysia. Dalam pada itu, Ezran tidak menolak kemungkinan seandainya benar Facebook ditutup, ia juga ada kaitan dengan sikap masyarakat dunia yang terlalu obses terhadap laman tersebut.


“Mungkin beliau mahu bawa orang seperti itu keluar daripada ketagihan. Dalam masa yang sama mungkin beliau juga ingin keluar dari tekanan yang terpaksa dihadapinya.


“Sememangnya tidak mudah untuk menguruskan sebuah laman web yang beroperasi tanpa henti di seluruh dunia,” jelasnya yang sedang membangunkan laman web sosial, 1malaysia.com.


Percaya atau tidak, CASO Sdn Bhd menjadi salah satu syarikat tempatan yang bermatlamat bersaing dalam membangunkan laman web sosial.


Ketua Pegawai Teknikal syarikat ini, Tan Yew Hong berkata mulai sekarang orang ramai dapat menikmati tawaran setanding laman sosial lain dengan mendaftar di laman web 1malaysia.com. Laman sosial yang mula dibuka kepada umum pada 12 Januari lalu merupakan laman web sosial yang dibangunkan oleh tujuh anak muda berusia 26-32 tahun, termasuklah Yew Hong dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ezran Baharum.


“Kami cuba bina laman ini sejak 2008 dan ia tiada kaitan dengan laporan kononnya Facebook akan ditutup. Kami tak tahu menahu pun tentang itu. Semuanya berlaku secara kebetulan,” katanya.

Menurut Yew Hong, sepanjang membangunkan 1malaysia.com, pasukannya banyak memberi tumpuan kepada kandungan dan fungsi berbeza dengan laman sosial sedia ada. Mengetengahkan konsep feel like home (seperti di kediaman sendiri), Yew Hong yakin laman web ciptaan anak Malaysia ini mampu menarik perhatian masyarakat tempatan dan dunia memandangkan keunikan aplikasi serta ciri-ciri istimewa yang ditonjolkan.


“Kami ambil masa yang agak lama untuk siapkan laman web sosial ini kerana memikirkan ciri-ciri yang boleh membuatkan orang ramai mendaftar.


“Hasilnya, laman ini wujud dengan ciri interaktif selain menampilkan persembahan lebih mantap dan menarik,” jelasnya.


Walaupun 1malaysia.com yang menggunakan versi Beta ini masih lagi di peringkat percubaan, namun pasukan ini sentiasa mengembangkan aplikasi yang ada ke tahap yang lebih baik. Salah satu keistimewaan yang akan dinikmati pengguna adalah dari segi kesempurnaan dan kepantasan ketika melayari laman web ini.



PS : Sape kipas susah mati fb tu bleh la ushar laman web 1malaysia.com pulak! Siapa tahu, anda mungkin menyukainya :)


4 orang menconteng:

dRbook pulak bila nak keluar ha?
aku tengok cam tiru fb jgak.
bezanya cuma ada muka cendawan kat sebelah tu =.="

sekurang2 kita masih mempunyai pilihan untuk memilih rangkaian sosial yang dibangunkan oleh anak tempatan

@abadi romeo Betul. Setuju 100%

@RedVixen drbook tu bukan free kan??

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates