Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!


Wow! Hebatnya blogger yang ramai follower! Kagum betul aku. Beratus! Beribu! Wow! Hekelleh, setakat duk follow2 geng satu kampus, follow budak2 U, follow budak2 sama tempat belajar buat apa??? Aku tak kata salah, tapi jangan la berlagak bila follower ramai. Jagan rasa diri tu macam good2! Cuba ko buat blog, ko xda ajak sape2 yang ko kenal! Ada beran??? Jangan2 satu follower pun ko tak dapat. Aku buat blog ni, xda follow budak2 yang sama tempat study. Sape rasa blog ni ok, dipersilakan follow. Takde pun ajak geng2 tempat belajar. ”weh follow la aku... Aku follow ko balik.” Ceh, bagi aku walaupun follower ko banyak, blog ko low class. Budak2 tempat aku study pun ramai ada blog. Tapi aku tak bagitau pun aku ada blog pada diorang. Aku tak sebok2 nak promote blog aku. Sebab aku xnak blog jadi macam laman sosial, fb, fs dan sebagainya. Aku nak blog aku mampu berdiri sendiri. Dan aku nak belajar sesuatu yang baru. Baru la berkembang sikit minda, buat kawan2 baru. Boleh dengar cerita2 baru, pandangan2 baru.

Istighfar, Burn...... Istighfar......

Okeh. Sebenarnya gini, dah lama aku niat nak suarakan... Ramai blogger2 yang dah ramai follower kutuk dan hina blogger baru, tanpa sedar. Sure korang pernah dengar blogger yang kutuk blog yang pasang lagu kat blog. Konpem korang pernah baca tulisan2 yang style camni. Mereka kena faham, pengalaman setahun jagung dalam dunia blog yang menyebabkan sesetengah blog jadi macam tu. Mereka masih muda dari segi kematangan dan ilmu blog. Yes, mereka nak mencuba! Nak mencuba widget2 yang leh pasang kat blog. Jangan tipu la yang korang, blogger2 hebat tak pernah buat camtu. Korang pun bermula dari bawah. Bukan terus pandai. Bukan terus lawa je blog korang! Aku pun dah 3 kali tukar template. Dan sampai sekarang aku masih belajar. Dan aku tidak malu mengaku yang aku pernah syok sendiri dengan lagu pada blog aku. Dah lama, baru aku faham yang lagu tu sangat mengganggu. Cuma pesan aku, kalau nak letak juga pastikan ada button pause dan lagu diletakkan di tempat yang mudah dijumpai.

Kedua, blogger hebat konon2nya gelak dan kutuk blog yang sibuk2 nak klik iklan nuffnang. Blog korang dah ramai yang bertenggek, bleh la cakap camtu. Kononnya, xpayah sibuk2 pasal nuff, entry tu lebih penting. Cuba usha gaya penulisan korang. Jangan2 ada yang tahap sampah! Bagi aku tak salah suport antara blogger. Dan jangan gelakkan blogger2 baru. Kalau tak betul, sila tegur kami dengan baik dan jelaskan kenapa.

Ketiga, suka sangat kutuk blog yang pasang banyak widget. Okeh, sama je cam yang atas tadi. Mereka nak mencuba dan dalam proses belajar. Jangan kutuk pls...

Keempat. Blog ramai follower. Tapi tengok entry. Cerita benda lucah. Letak gambar bukan2 untuk tarik follower. Dah la tu, tak malu untuk mencarut2 kat blog. Konon macam ko best sangat la. Memang ramai orang cari benda2 gini kat internet. Tapi, janganlah camtu... Jangan sampai lupa pegangan agama. Jangan tambahkan saham dosa yang dah sedia ada. Bayangkan adik2 yang masih di bangku sekolah rendah baca entry porno korang. Konon alasan, entry untuk beri kesedaran. Tapi, hampeh..... Betulkan niat. Lagi pun niat tak menghalalkan cara. Maafkan aku kalau ada yang terasa. Aku tak tuju kepada semua blogger2 hebat dan aku tak membenci blogger2 yang ramai follower. Jauh sekali aku nak jealous dengan korang. Fikir2kanlah.....

29 orang menconteng:

setuju..good entri..

@Mohd FirdausTerima kasih. Tapi maafkan saya jika penggunaan bahasa dlm post ini agak kasar...

suka entry ni..gud2~

betul gak..
masa mula2 blaja blogging..
suma nak letak..
supaya blog nmpak lawa..
org pn suka tp kita sedar kmudian
widget mcm tu membebankn so bley remove..
mmg suma blogger yg baru mesti ada mcm tu..

entry ni bgus la..
backup blogger baru..
tak slah kalu nk letak widget kn..

salam....
bagus la entri ni...
cakap biar terang kan,,,jangan suka sembunyi..
indah pada kita tak tentu cantik pada orang....lumrah manusia..
apapun moga terus berjaya

Salam perkenalan..
Rumah 167.. hehe...
Seronok baca entry ni...semuanya learning process kan..

airisiaixora & pak long :tq...
MiSzy DiaN : Yup, tak salah... macam yang cik dorin ckp, semuanya learning process.

x semua blogger yg ramai folower berlagak..ada yg ok dan ada yg x ok..ada yg komen pun x nk bls..org akan rasa dihargai bila kita balas komen..Betul tak?

pasal lagu & widget tu hak masing-masing..blog sendirikan tp kalo nak blog tu senang nak loading lebih baik tak payah letak..lagipun blog kita nak ramai pembacakan so kenalah ikut citarasa pembaca..saya cakap berdasarkan pengalaman sendiri..

@Siti Hajar Masrislm, kak siti jgn terasa hati. kalau kak baca btl2 apa yang saya tulis, kak akan perasan. saya xda cakap semua blogger yang ramai follower berlagak.

Memang betul apa yang dikatakan. kekadang terasa hati gak.Hakikatnya, semua ini proses belajar. yang paling utama...niat dan matlamat kenapa berblogging :)

glory2 newbie blogger. semua orang bermula dari bawah. hurm, memang naluri manusia nak try semua benda. so ada yg letak widget2 sampai blog pun berat. itu sememangnya hak mereka, dan sekali kali jangan dikeji. cuba nasihat secara berkhemah, inshaAllah mereka dapat menerima segala teguran dengan hati terbuka. come on la, jangan bajet gud2 sgt ok. sekadar pendapat dari seorang newbie, =)

Entry terbaru: Facebook Ditutup ?

FareedSairi : Sebab terasa hati jugak la penulisan saya berbaur dgn amarah.
geekz36 : Tq 4 ur suport!

sy langsung x terasa hati sbb saya pun baru lagi dlm dunia blog..masih memerlukan tips2 dari otai2..:)

yer sahabat...saya sgt sokong tentang entri ni...semua org stat dr bawah...so kita sama la tolong menolong...jgn asyek nk condem jer... =]
maju la blogger untk negara...
"kita tulis yg baik, dan dapat yang dapat"

salam nice entry i follow u k,

wslm.terima ksih asnah58

good job bro.. like this entry

@khaifaizHaha... tq drop coment. Sebenarnya aku segan nih. tak sangka bro JT highlight entry nih dalam review blog dier... Aku pun masih dlm peringkat awal nak belajar blogging nih...

:) suke entry ni.
kwn2 saya pn tade yg ade blog..
ssh nye nk cr follower ble tade kwn

setuju sangat dengan entry ni..
blogger yang dah otai n banyak follower tu tak leh la nak main hentam je newbies2 yang masih baru nak join site ni. nak tegur pun berpada la.
cara penulisan , penyampaian n minat orang tak sama. kena la bagi masa. nanti blogger baru tu boleh belajar sendiri.

* huhu teremosi jap sebab baru je bace entry sal ni.

takpa nulhazwany... Saya pun agak emosi masa tulis n3 ni... kesnya sbb ada seorang blogger tu dah ketawakan blog saya ni... tapi takpa la... Blog dia hebat. Siapalah saya kan.

entry yang bagus la burn..aku sokong... :)

insyaAllah blog ko mampu berdiri sendiri...smoga berjaya ye.... =.=

@♥..cik_mas..♥ terima kasih cik mas... amin.

bagus la entri ni

@sarah abdullah, terima kasih :)

singgah jalan kat sini...errr..pinjam gambar dari entry ni..hehehhee

@::Mastura Zakaria::, pinjam??? nanti pulang balik yer! hehe...

huhu.. sabau2
mmang ada blog yg rmai follower tp follower 'hantu'
tkan butang follow je tp x bce pn entry kite
bg sy yg pnting pageview + bilangan komen..
yg tu bru btul2 mnunjukkan blog kte diikuti rmai, hehe
tp x dinafikan blog yg rmai follower ni blh bg influence gak

@AYIE, terima kasih sbb komen yer. mmg ramai follower hantu ni. mungkin sbb mereka ada blog sbb suka2 je. jd jarang buka blog. secara automatik, jarang la jenguk dan tinggalkan komen.

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates