Assalamualaikum. Sayu pula rasa malam ni. Layan lagu je lah. Lagi pun malam ni saya demam. Tak larat nak blogwalking ke blog anda semua. Sikit2 boleh la kot.
Time cuti sekolah haritu, saya ada menonton drama Seruan Pulau Nami. Korang ada nengok tak??? Mula2 menyampah. Lama2 tertaut pula hati dengan jalan cerita yang disesuaikan dengan ost drama tersebut. Drama tu pendek sangat. Tak puas saya tengok. Jiwang betul Muhammad Burn kan??? Hahaha...
Ape yang best pasal drama ni yer?? Saya akan senaraikan beberapa pengajaran dari drama tersebut, ok...
1. Apa yang kita mahu dalam hidup tak semestinya berlaku seperti yang kita rancang.
2. Cinta bukanlah perkara paling penting dalam hidup.
3. Anak itu adalah anugerah Tuhan yang tak patut dipersia dan diabai.
4. Kita mesti tabah meneruskan kehidupan walaupun hidup tak selalunya indah.
5. Hargailah apa yang kita ada sebelum ia pergi dan takkan kembali pada kita.
6. Jangan terlalu ikutkan hati, kerana ikut hati, mati.
7. Berbicaralah dengan Tuhan kerana Dia Maha mendengar dan Maha segalanya.
8. Fikir sebelum membuat sebarang tindakan yang bodoh.
9. Jangan tamak dengan kekayaan dan bersyukurlah.
10. Jangan merampas kebahagiaan orang lain.
Wah, sepuluh pengajaran dah saya senaraikan. Bagi yang dah tengok, mesti faham kan??? Kalau tak tengok lagi, dont worry, astro kan suka tayang cte ulang2. Haha... K selamat malam!
0 orang menconteng:
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P