Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

BACHOK— Seorang remaja lelaki dan seorang murid tahun dua, masing-masing di Tumpat dan Bachok, Kelantan, ditemui mati lemas hari ini.


Jurucakap Polis Daerah Tumpat berkata mayat Farid Zulkifli, 17, dijumpai di Sungai Kampung Talak, Chabang Empat, Tumpat, oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Tumpat kira-kira pukul 4 petang tadi. Beliau berkata mayat Farid dihantar ke Hospital Kelaboran, Daerah Tumpat, untuk dibedah siasat.


Sementara itu mayat Mohd Haikal Sobri, 8, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Jelawat, Bachok, pula ditemui kira-kira satu jam setengah selepas dia dilaporkan hilang setelah terjatuh ke dalam Sungai Lubok Kuing, Gunung, dekat sini, pada pukul 5 petang. Mayat Haikal, yang berasal dari Kampung Tepus, Gunung, dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Baharu, untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Che Malek Omar, berkata kanak-kanak itu terjatuh ketika meniti pembentung air bersama lima rakannya, semasa mereka sedang bermain di sungai yang dilimpahi air banjir itu. Mohd Haikal adalah anak kelima daripada lapan beradik, dan ketika kejadian bapanya sedang bekerja di Kuala Lumpur. Beberapa tempat di negeri-negeri pantai timur dilanda banjir dari semasa ke semasa sejak hujung tahun lepas, dan di Kelantan antara bandar yang dinaiki air ialah Bachok, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat, Rantau Panjang dan Pasir Mas.


Semalam seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun, Siti Aishah Kamarul Zaman, dijumpai mati lemas di Kampung Limbat, Pasir Tumboh, dekat sini dikatakan selepas bermain air bersama keluarga di rumahnya.


0 orang menconteng:

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates