Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Assalamualaikum. Salam Jumaat kpd anda semua... Nak sembang pasal ape yer??? Huh, sebenarnya saya nak tanya sesuatu kepada anda. Camana blog saya ni loading... Lembab atau smooth je??? Widget2 penting je yang saya letak. Tapi still terasa sedikit berat. Ke mozilla saya yang prob???


Okeh. Ramai blogger yang baik hati kongsi tips.Tak kira la tips blogging ke, tips SEO ke, tips ranking alexa ke, tips tingkatkan traffic ke... Saya memang tak pandai nak citer pasal tips2 tu semua. Tapi saya jugak teringin sangat nak buat satu entry pasal tips. Layakkah saya??? Huhu... Rasanya itu bukan masalah. Yang penting niat saya ikhlas nak berkongsi sesuatu.


Tips harini ialah camana nak buat header yang macam Muhammad Burn buat tuh??? Mungkin ramai yang dah tau, atau pun ada cara lain untuk buat header yang lebih baik. Tapi ramai kawan saya yang bertanya camana saya buat. Elok saya citer kat sini saja. Sebenarnya, header blog ni kosong saja pada asalnya. Cuba anda klik gambar di bawah ni untuk lihat dengan lebih jelas.



Nampak tak perbezaan gambar tu dengan header saya sekarang??? Aiseh, ape yang tikus tu buat kat situ??? Potong betullah! Hehe... Saya pun terpikir camana lah nak buat header yang lebih kool. Maksud saya, macam mana saya nak ubah header tu supaya dapat melambangkan identiti saya dan identiti blog saya. Kenapa saya letak pic ikan laga??? Logo download??? Surah Iqra pulak??? Haaa, bagi yang terror atau dah mengenali saya pasti anda ada jawapannya. Gambar2 yang saya letak tu mempunyai maksud yang tersendiri. Ada sesiapa yang nak teka sebab apa saya letakkan gambar2 tu??? Sape tau, drop coment yer. Nak tengok sape dapat jawab dengan tepat. Hehe...


Mungkin ada antara anda yang fikir saya tau potoshop. Sebab tu saya boleh buat header camtu. Ya, memang betul. Saya ada asas potoshop. Tapi tak terrer mana pun. Biasa saja. Untuk kerja kursus lukisan digital dulu, hanya ini yang saya mampu lukis menggunakan potoshop.



Buruk kan??? Huhu... Memang saya ni masih amatur. Sebenarnya, member sayalah yang banyak membantu saya buat header nih. Dia lebih pro lagi! Cumanya, dia baru start semangat nak berblogging. Leh la ushar blog dia k. Nak header free??? Hah, try bodek beliau. Haha...


Camana saya ubah gambar asal pada template nih??? Sape tau??? Haa, ni sebenarnya yang saya nak cerita. Anda perlu rajin godek2 pada bahagian dashboard>design>edit html. Kat sinilah, saya, di bantu oleh brader geekz36 cari kod untuk gambar latar belakang blog saya. Caranya??? Tekan ctrl+f. Taip jpg, atau apa saja format gambar. Biasanya jpg atau png lah. Copy url gambar yang anda jumpa, open new tab. Dan paste kan url tersebut pada address bar tu. Betoi ke istilah saya ni??? Kalau tak betul, tolong betulkan saya. Dan kalau tak faham step ni, bleh tanya kat ruangan komen yer!


Pasti ada beberapa url yang anda jumpa. Try test satu2, dan anda pasti akan jumpa url backround anda. Bila dah jumpa, save gambar tersebut ke pc @ laptop anda. Seterusnya, anda boleh mulakan proses editing. Bleh la nak tambah gambar apa yang difikirkan sesuai... Kenapa kena save dan edit pada gambar tu jugak??? Kenapa tak buat je gambar baru??? Sebenarnya saya buat camtu utk dapatkan saiz yang sebenar yang dah memang ngam.


Bila dah siap edit, anda bleh la upload gambar tadi. Macam saya, saya gunakan imageshack. Kalau belum ada akaun, leh la register ye. Free jer! Selepas siap di upload, kita boleh tengok kod url untuk gambar tersebut. Gantikan saja kod lama tadi dengan kod yang baru. Ops, sebelum tu pastikan anda dah backup template anda. Lupa pulak nak ingatkan. Macam biasa lah, download full template. Mana lah tau, anda tersilap sema sa proses nak ganti url tu, kan.


Last sekali, tekan save template! Mudah bukan??? Baiklah, cara ini telah saya gunakan dan didapati berjaya. Saya tidak pasti ia sesuai atau tidak dengan blog anda. Tapi apa salahnya mencuba kan???


Apa yang saya nak tegaskan di sini, dalam menguasai segala macam tips blogging nih, kita takleh ego atau dalam erti kata lain, bodoh sombong! Tak nak tanya. Kalau tak tau, tanya la orang yang terlebih dahulu bergiat dalam dunia blogging nih. Dan yang dah otai pun jangan la kedekut ilmu dan terlalu pentingkan diri. Sharing is caring... Sampai sini saja buat masa ini :)


7 orang menconteng:

terima kasih tips:)

@alexa yussidaure most welcome :)

kalau rajin nanti bleh la aku cuba godek2. tengkiu 4 da tips!

@RedVixenAct, tadi dah di tegur oleh brader JT, Tapi aku dah edit header tu. Time nuff kat bahagian atas keluar, ada gambar lain yang akan cover bahagian kosong tu.

nice tutorial bro burn. =)

Latest Entry: Tutorial Membuat Sticky Post di Blogspot

nice tutorial bro. nk best lg boleh letak pic :D

geekz36 & rockinsudu :tq!

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates