Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

KUALA LUMPUR — Punca jurulatih perseorangan negara Datuk Misbun Sidek meletak jawatan 31 Disember lalu masih belum terjawab, tetapi sudah ada tanggapan bahawa ia kemungkinan berkaitan dengan hasrat beliau mahu melatih anaknya Misbun Ramdan dalam skuad elit. Tindakan Misbun yang terus membisu menyebabkan pelbagai andaian timbul di sebalik tindakan nekad itu walaupun beliau menerima gaji lumayan daripada Persatuan Badminton Malaysian (BAM), lapor Berita Minggu hari ini.


Antara andaian itu termasuk keengganan BAM meluluskan permintaannya untuk melatih anaknya, Misbun Ramdan dan beralih ke bidang profesional bersama anak emasnya Datuk Lee Chong Wei. Misbun yang akan mencecah 51 tahun bulan depan berkata, beliau enggan membicarakan isu peletakan jawatannya bagi mengelakkan ia dipengaruhi emosi yang boleh menyebabkan keadaan bertambah keruh.


“Itu semua andaian dan terpulang kepada apa orang lain hendak kata,” katanya sambil mengakui keputusan itu dibuat tanpa berbincang dengan sesiapa termasuk keluarga dan adik-beradiknya.


Presiden Persatuan Badminton Kedah Teoh Teng Chor pula berkata, kemungkinan beliau orangnya yang menyebabkan kemelut tersebut.


“Mungkin saya orangnya,” kata Teoh menjawab soalan sama ada beliau merupakan pegawai yang kurang disenangi Misbun sehingga menjadi punca jurulatih perseorangan negara itu meletak jawatan.


Teoh yang juga ahli jawatankuasa kejurulatihan dan latihan BAM mengakui beliau sering mempersoalkan tindakan Misbun yang meminta anaknya, Misbun Ramdan, 18, disenaraikan dalam skuad elit.


“Dia (Misbun) minta supaya anaknya menjalani latihan di bawahnya dalam skuad elit. Bagaimana saya boleh bersetuju kerana keputusan sudah diputuskan anaknya perlu berlatih di bawah skuad pelapis kendalian Hendrawan.


“Jika keputusan sudah dibuat, mengapa dia tidak boleh patuhi kerana anaknya tidak boleh sewenang-wenangnya mendapat keistimewaan hanya semata-mata kerana bapanya seorang jurulatih.


“Lagipun, ada pemain ranking lebih baik daripada anaknya dan keputusan tidak memenuhi tuntutannya adalah bagi mengelakkan rasa tidak adil kepada pemain lain yang pasti akan cemburu dan mempersoalkan keputusan BAM,” katanya.


Teoh berkata, keputusan BAM melakukan perubahan dan pembaharuan dalam sistem latihan dan kejurulatihan adalah baik demi meningkatkan kemajuan badminton negara dan Misbun perlu menerimanya dengan hati terbuka.


“Jika sebelum ini jurulatih tidak mempunyai KPI (indeks prestasi utama), menerusi pembaharuan yang diperkenalkan ini, setiap jurulatih mempunyai KPI masing-masing dan ini memudahkan pemantauan dan penilaian.


“Saya yakin jika barisan jurulatih ikhlas dalam tugas, bukan menjadi masalah untuk mereka menghantar laporan yang diminta walaupun mereka gagalmencapai KPI masing-masing,” katanya.


Sebelum ini, Lee pernah mendedahkan antara punca jurulatihnya meletak jawatan adalah kerana tidak sebulu dengan seorang pegawai BAM yang hanya pandai bercakap meminta itu dan ini tetapi tidak arif mengenai badminton. Ditanya mengenai sama ada keputusan yang diambilnya itu muktamad, Misbun berkata: “Saya sudah hantar surat... Jadi, saya sudah memikirkan mengenainya. Biar masa tentukan.” Sebelum mengakhiri perbualan, ikon itu menegaskan bukan mudah menjadi jurulatih dan mengekalkan prestasi Chong Wei.


“Pokok baka baik sekalipun jika tidak dibaja dan dijaga, ia tidak akan membesar dengan sempurna,” katanya.


Bagaimanapun Misbun berjanji akan merungkai segala misteri di sebalik keputusan drastik meletakkan jawatan selaku jurulatih perseorangan negara apa tiba masa dan keadaan yang sesuai.


“Bila sampai masa dan keadaan dah reda, saya akan dedahkan (punca sebenar meletak jawatan),” katanya yang terus mengambil sikap mendiamkan diri sejak menghantar surat peletakan jawatan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), 31 Disember lalu. Jurulatih itu menghantar surat berkenaan kepada BAM menerusi emel tanpa memberi sebarang alasan di sebalik keputusan mengejutnya itu. “Ini membabitkan sayadan BAM. Jadi, banyak hati perlu dijaga, hati saya tidak apa. Saya ingin berehat dan apabila tiba masa, saya akan buat kenyataan.”


“Tapi buat masa ini, bagi masa dan ruang supaya keadaan reda,” kata beliau.


Pada 6 Januari lalu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan mengadakan pertemuan enam mata untuk memulihkan keadaan berhubung kontroversi peletakan jawatan Misbun sebelum Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia bermula minggu ini. Menurutnya, beliau akan menguruskan pertemuan tersebut di antara bekas jaguh perseorangan negara itu dan Presiden BAM Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh sebaik sahaja beliau balik dari lawatan rasmi dua hari ke Sarawak.


1 orang menconteng:

Hailah... macam2...
risau lama2 nanti badminton mesia trus down.

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates